Pages

Monday, November 9, 2015

Solat Malam

Nabi pernah ditanya tentang...
" Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?" Beliau menjawab dengan tegas. Solat malam!

Sahabat Nabi, Saidina Umar pernah menyatakannya seperti berikut:
Sesiapa mengerjakan solat malam, ( tahajjud ) dengan khusyuk, nescaya di anugerahkan Allah s.w.t sembilan perkara.

  • 5 perkara di dunia
  • 4 perkara di akhirat
Dan salah satunya adalah  "dijauhkan daripada segala penyakit"

5 Perkara di dunia
  1. Dijauhkan dari segala penyakit
  2. Terzahir kesan takwa di wajahnya
  3. Dikasihi seluruh orang beriman dan manusia
  4. Kata-katanya mengandungi hikmah
  5. Di kurniakan kekuatan dan rezeki yang halal dan berkat
4 Perkara di akhirat
  1. Bangkit dari kubur dengan wajah berseri-seri
  2. Hisab dimudahkan
  3. Melalui sirat seperti kilat
  4. Buku amalan diterima melalui tangan kanan
Wallahua'alam

Wednesday, November 4, 2015

Makna Bacaan Dalam Solat

Doa Iftitah
Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan yang suci lagi berserah diri, dan aku bukanlah dari golongan orang-orang yang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian aku diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian alam
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan mereka yang Engkau berikan nikmat
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Amin
Kabulkanlah permohonan kami, ya Allah!

Rukuk
Maha suci Tuhan yang Maha Agung

Ikhtidal
Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, Untuk-Mu lah segala pujian.

Sujud
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi

Duduk Antara Dua Sujud
Tuhanku ampunilah bagiku dan rahmatilah aku dan cukupkanlah aku dan angkatlah darjatku dan berilah aku rezeki dan berilah petunjuk bagiku dan sihatkanlah aku dan ampunilah akan aku

Tahiyat Awal
Segala kehormatan, segala keberkatan, segala doa ( sembahyang ) segala kebaikkan itu adalah kepunyaan Allah. Sejahteralah engkau wahai Nabi, begitu juga rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Sejahteralah kami dan hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan Selain Allah. Begitu juga aku mengaku bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh Allah. Ya Tuhan kami selawatkanlah keatas Nabi Muhammad

Tahiyat Akhir
Segala kehormatan, segala keberkatan, segala doa ( sembahyang ) segala kebaikkan itu adalah kepunyaan Allah. Sejahteralah engkau wahai Nabi, begitu juga rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Sejahteralah kami dan hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan Selain Allah. Begitu juga aku mengaku bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan atas Penghulu kami Muhammad dan seluruh keluarga Penghulu kami Muhammad; sebagaimana yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan seluruh keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan seluruh keluarga Muhammad sebagaimana Engkau berkati Ibrahim dan seluruh keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanyalah Engkau sahajalah yang paling terpuji dan yang paling mulia.

Beri Salam
Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.








Tuesday, November 3, 2015

Surah Al-Hijr ( The Rock ) Verse 1

1. Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab ( yang lengkap sempurna ) dan Al Quran yang memberi penjelasan

2. Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam

3. Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan ( daripada bertaubat dan insaf ) kemudian mereka akan mengetahui kelak ( bencana perbuatan mereka )

4. Dan tiadalah Kami binasakan ( penduduk ) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum

5. Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.

6. Dan mereka yang ingkar berkata ( kepada Nabi Muhammad ) "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila"

7. "Sepatutnya engkau membawakan Malaikat kepada kami ( untuk menjadi saksi kerasulanmu ), jika betul engkau dari orang-orang yang benar"

8. Tiadalah Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan pada ketika itu mereka ( yang ingkar ) tidak akan diberi tempoh lagi.

9. Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya

10. Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu ( wahai Muhammad ), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.

11. Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.

12. (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu di masuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul ) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa ( yang menentangmu )

13. Mereka tidak percaya kepada Al Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu ( mendustakan Rasul-rasulnya )

Sila rujuk ayat ini : Surah Al-Hijr