Pages

Monday, October 26, 2015

SELAGI MANA URUSAN DUNIA...

Selagi mana urusan dunia...ianya bukan masalah BESAR!!

Jangan bersedih dengan urusan dunia.
Seorang lelaki yang sedang dirundung kesedihan datang menemui Saidina Ali bin Abu Talib.
Ia pun berkata wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu kerana aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.

Saidina Ali  menjawab, aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah.

Lelaki itu berkata, ya, tanyakanlah ia.

Apakah engkau datang kedunia bersama dengan masalah-masalah ini? Kata Saidina Ali bin Abu Talib.

Tentu tidak, katanya.

Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini? Tanya Saidina Ali bin Abu Talib

Tidak juga,jawabnya.

Lalu mengapa engkau harus bersedih atas apa yang tidak engkau bawa saat datang dan tidak mengikutmu saat kau pergi?

Seharusnya hal ini tidak membuatkan engkau bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia...

Jadikanlah pandanganmu kelangit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau akan mendapat apa yang kau inginkan.

TERSENYUMLAH KERANA REZEKIMU TELAH DIBAHAGI DAN DISUSUN OLEH ALLAH DAN URUSAN HIDUPMU TELAHPUN DIATUR OLEH YANG MAHA PENCIPTA

Urusan dunia tak layak membuatmu bersedih semacam ini kerana semuanya ada ditangan yang Maha Hidup dan Maha Mengatur

Kemudian Saidina Ali bin Abu Talib meneruskan ungkapannya.

Seorang mukmin hidup dalam dua hal, iaitu kesulitan dan kemudahan. Kedua-dua adalah nikmat jika ia disedari.

Disebalik kemudahan ada rasa bersyukur.
Sementara Allah berfirman
"Allah memberi balasan bagi orang yang bersyukur - Surah Ali Imran 144

Dan disebalik kesulitan ada kesabaran.
Allah berfirman:
"Hanya orang yang bersabar yang disempurnakan pahala tanpa batasan" - Surah Az-Zumar 10

Bagi orang mukmin kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk menabung pahala dan hadiah dari Allah SWT. lalu mengapa masih bersedih?

Jangan selalu mengeluh..."Ohhh masalahku begitu besar". Tapi katakanlah pada masalah itu, sesungguhnya aku punya Allah yang Maha Besar...

Semoga menjadi pedoman untuk kita didalam mengharungi cabaran hidup di dunia ini.

Hanya kepada Allah saja aku menyerahkan urusan hidup ini...
dan hanya kepada Allah sahaja tempat aku bergantung harap dan memohon pertolongan - Surah Al Fatihah 5

No comments:

Post a Comment