Pages

Sunday, November 6, 2016

Pada Mu Aku Berserah Diri

ُ

                                 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                                           
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga baginda dan para sahabat baginda. 

Ya Allah, kami berserah diri kepada Mu Ya Allah, tiada daya dan kekuatan kami kecuali hanya pertolongan dari Mu Ya Allah.
                            
Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami mohon keampunan Mu Ya Allah,

Ya Allah, kami memohon rahmat Mu Ya Allah.

Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat.

Ya Allah, jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan hari ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima oleh Mu Ya Allah.

Ya Allah, tetapkan niat di hati kami agar apa yang kami lakukan adalah semata-mata kerana Mu Ya Allah.

Ya Allah, peliharalah kesihatan kami, berikanlah ketenangan kepada kami, jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kejayaan dan semoga kejayaan itu menjadi pembuka jalan untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh.

Ya Allah, perbaikilah akhlak  kami Ya Allah dan jadikanlah kami umat Mu yang mempunyai sahsiah diri yang baik Ya Allah.
Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami ahli syurga Mu Ya Allah.

Ya Allah, dorongkanlah hati kami untuk melakukan amalan-amalan yang membawa kami ke syurga Mu Ya Allah.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada melakukan amalan amalan yang membawa kami ke neraka Mu Ya Allah.

Ya Allah, janganlah Engkau melalaikan kami dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.

Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk berada di tempat  yang Engkau redhai dan jauhilah kami daripada berada di tempat  yang Engkau murkai Ya Allah.

Ya Allah, kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami Ya Allah.

Ya Allah, kami memohon keampunan Mu dari segala dosa kami yang telah kami lakukan Ya Allah.
                             
Ya Allah, Ya Rahman, berikanlah kami rezeki yang melimpahruah lagi halal dan diberkati, rumahtangga yang bahagia, zuriat yang soleh dan solehah, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.

َYa Allah kami memohon kepada Mu Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu Ya Allah. َ
                                     
Ya Allah,Ya Ghaffar, Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, bersangka buruk dan khianat. Hiasilah diri kami dengan sifat sifat mahmudah dan jauhilah kami daripada sifat sifat mazmumah.

Ya Allah pertingkatkanlah kesihatan kami, anak isteri/suami kami, saudara mara dan sahabat sahabat kami.
Begitu juga kesihatan dan keselamatan seluruh umat Islam.

Ya Allah, cucurilah rahmat dan taufik Mu serta ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, suami / isteri serta anak kami, dan muslimin dan muslimat amnya. Bagi mereka yg telah menemui Engkau terlebih dahulu, tempatkanlah roh-roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Ya Allah,  dengan rasa rendah diri, kami memohon doa dengan penuh pengharapan semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami ini, kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka Mu.

Ya Allah, Engkau cucurilah rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan seluruh keluarga dan sahabat-sahabat  baginda.

Segala puji-pujian hanya untuk Mu Ya Allah.   
                
                                              
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

No comments:

Post a Comment