Thursday, June 30, 2016

Tazkirah

Orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dengan tidak menyakiti perasaan orang yang menerimanya, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.

al-Baqarah / 262

Tazkirah

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai dengan hartamu dan anak-anakmu hingga kamu tidak mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian, mereka itulah orang-orang yang rugi. Belanjakanlah sebahagian daripada apa yang kami berikan kepadamu sebelum datangnya kematian kepada salah seorang antara kamu. Pada waktu itu, manusia bertanya kepada Tuhannya, Ya Allah, mengapa engkau tidak menagguhkan kematianku supaya aku dapat bersedekah dan menjadi orang yang soleh? Allah sesekali tidak menagguhkan kematian seseorang dan apa yang kamu kerjakan.

al-Munafiqun / 9-11

Remember Allah

Ganjaran Sedekah

Daripada Abu Hurairah RA, salah seorang telah bertanya kepada baginda SAW: “Wahai pesuruh Allah, sedekah yang bagaimanakah yang paling besar ganjaran pahalanya?” Baginda SAW telah bersabda yang bermaksud: “Bersedekahlah ketika keadaanmu sihat, pada masa hatimu mencintai harta dan kamu juga bimbang akan menjadi miskin serta berangan-angan untuk mejadi kaya. Janganlah menanti-menanti waktu yang mana nyawamu akan sampai dekat dengan halkummu (yakin kamu hampir mati), maka baharulah kamu berkata bahawa harta ini untuk si fulan dan harta itu untuk si fulan. Walhal pada masa itu hartamu memang sudah menjadi milik si fulan”.

Muttafaqun ‘alaihi