Friday, October 28, 2016

Redho Allah

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia *kerana urusan dunia milik ALLAH_

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki *kerana rezeki datang dari ALLAH*._

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan *kerana masa depan adalah ketentuan ALLAH_

*Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja*,
_🍃iaitu bagaimana engkau membuat ALLAH redha_
_🍃kerana sekiranya engkau membuat ALLAH redha, Dia akan redha padamu._
_🍃Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu.._

_Imam Ibn Qayyim_

Kehebatan Sujud

Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA  tanda SYUKUR  (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan )  Konsep GIVE AND TAKE…

Friday, October 14, 2016

Do & Don't

*INFO SIHAT*
      
1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak.
Juga elakkan membawa barang2 berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.
                          
2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut. 

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dengan 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk yg sering kram dan senggugut.

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis di juice bersama dapat menjadi obat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari, bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.
          
*Panduan Kesihatan*
+++++++++++++++++

01. 🍴Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt  istirahat.

02. 🍴Hanya boleh makan 4 butir telur🍳 seminggu. Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam 🐔 mengandungi karsinogen, penyebab kanser.  Jangan✋ makan tungking ayam.

04. Makan buah 🍇🍒🍉🍓🍑🍈🍌 seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Masa haid jangan✋ minum teh ☕ lebihh lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

06. ✋Kurangkn minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.

08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman.

09. 3 jam sebelum tidur😴 jangan makan boleh jadi kegemukkan.

10. ⛔Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. ⛔Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. ⛔Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.

13. ☝Tiap hari minum air 🔟 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. 🌞Siang hari perlu banyak minum air putih, 🌚malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. ☝Minum kopi jangan lebih 2⃣ cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. ☝Jangan makan makanan yg tinggi lemak karena perlu 5⃣~7⃣ jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk😴 kerana otak kekurangan oksigen.

17. ☝Setelah jam 5⃣ ptg jangan⛔ makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.

18. ☝🔟 jenis makanan sehat:
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.

19. ☝Kurang tidur dapat melemahkn otak.

20. 🍋🍋🍋
Lemon panas membunuh sel kanser.

Semoga bermanfaat

Wednesday, October 12, 2016

Doa Ibu

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang...Alhamdulillah.

Isi tulisannya sebagai berikut :

" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahawa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,

dan aku bersumpah demi Allah.... agar engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. "

*Begini doanya:*

اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (.....) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا
فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم                                                                      

"Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah 'an ibnii/ibnatii.... (sebut nama anak-anakmu satu persatu)... tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka 'alaihim bi ridhaa-ii 'anhum"

(Yaa Allaah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Yaa Allaah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).

Kemudian setelah berselang beberapa minggu setelah tersebut tersebar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang ibu yang berkata bahawa aku telah mengubah kehidupannya secara total, dan sekarang dia merasa dalam kenikmatan yang tak tergambar kerana akibat doa itu terhadap dia dan anak lelakinya yang berumur 22 tahun.

*Maka berceritalah si Ibu itu:*

Sejak kelahiran anakku itu aku hidup dalam penderitaan kerananya.

Dia tak pernah solat dan bahkan jarang mandi, dia sering berdebat panjang denganku, dan sering membentakku dan tak menghormatiku, walaupun sudah sering aku mendoakannya.

Maka ketika membaca tulisanmu aku berkata : mungkinkah kata-kata ini benar? Nampak seperti tak masuk akal?? dan seterusnya....

dan akhirnya kuputuskan untuk mencuba anjuranmu walaupun aku tak yakin bahkan sinis mentertawakanmu.

Lalu setelah seminggu, mulai berubah nada suara anakku kepadaku, dan pertama kali dalam hidupku aku tertidur dalam kedamaian, dan didalam diriku ada sedikit syak?

Dan kemudian ku dapati anakku mandi, padahal aku tak menyuruhnya.......

Minggu kedua dan aku terus mendoakannya sesuai anjuranmu, dia membukakan pintu untukku dan menyapaku, "Apa kabar ibu?" dengan suara lembut yang tak pernah kudengar darinya sebelum itu.

Aku gembira tak terkata walaupun aku tak menunjukkan perasaanku kepadanya sama sekali.....

4 jam kemudian aku memanggilnya di telefon bimbitnya, dan dia menjawabku dengan nada yang berbeza dari biasanya, "Ibu, saya di masjid dan saya baru hendak solat waktu ibu call….”

Maka aku pun tak mampu menahan tangisku, bagaimana mungkin dia yang tak pernah solat sudah mulai solat dan dengan lembut bertanya khabarku??

Tak sabar aku menanti kedatangannya dan segera aku bertanya sejak bila kamu mula solat?

Jawabnya; "Saya sendiri tak tahu ibu, waktu saya lalu dekat masjid mendadak hati saya tergerak untuk solat……………….”

Sejak itu kehidupanku berubah 180 darjah dan anakku tak pernah lagi berteriak-teriak kepadaku dan sangat menghormatiku.

Tak pernah aku mengalami kebahagian seperti ini walaupun aku sebelumnya sering hadir di majlis-majlis zikir dan pengajian-pengajian…..

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahawa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Shaa' Allaah.

Wallahualam.

Tuesday, October 11, 2016

Perancangan

Hadiah untuk semua yang disayang kerana Allah....
*(luangkanlah sedikit masa yang diberi Allah untuk baca....)*

Sedikit perkongsian dari program di karangkraf Shah Alam.

💖💖 Rancang 1438H dan hidup anda dengan al quran.💖💖

Oleh : Tuan Fazrul Ismail.

💜 Dalam perancangan kita, apa yang sudah dirancang, mesti bermula dengan 'taqwa Allah' dan berakhir dengan 'taqwa Allah'. ( 59: 18 )

"Wahai orang-orang yang beriman! *Bertaqwalah* kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): *Bertaqwalah* kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan."

💜 Kita perlu merancang kepada siapa? Kepada diri, keluarga, organisasi, negara? Rujuk (66:6).

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah *diri kamu* dan *keluarga kamu* dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Dalam ayat ini tidak disebut kita perlu merancang kepada masyarakat atau negara hanya disebut kita perlu merancang diri dan keluarga kita sahaja. Namun, sebenarnya kita tetap perlu merancang untuk masyarakat, negeri, sistem kita kerana ia adalah untuk menjaga keluarga kita.

❤ Siapakah yang menundukkan rancangan kita?

- Allah yang menundukkan dan menyertai rancangan kita ayat 43:13

- Syaitan yang menundukkan dan menyertai rancangan kita. Ayat 43:36.

Istilah 'qorn' disitu bermakna menyertai.

❤❤ Apakah elemen yang perlu ada supaya rancangan kita berjaya? Rujuk ayat 1 hingga 5 surah al Baqarah.

Jika kita memenuhi ciri2 yang disebutkan dlm kelima-lima ayat tersebut, rancangan kita dan kita akan berjaya.

💖 Pertama ▶
Dengan menjadikan alquran sebagai petunjuk

💖Kedua ▶ Beriman kepada perkara ghaib

💖 Ketiga ▶ Mendirikan solat

💖 Keempat▶ Menunaikan zakat

💖 Kelima▶
Beriman dengan kitab kitab yang diturunkan.

💖 Keenam▶
Beriman dengan hari akhirat

-Jika kita meneliti formula kejayaan ini, hanya yang pertama, ketiga dan keempat yang boleh diukur dengan KPI tertentu kerana ia bersifat amalan atau praktikal. Manakala yang kedua, kelima dan keenam tidak dapat dibuktikan kerana ia tidak dapat dipraktikkan dengan anggota atau amalan zahir . Ia bersifat kepercayaan yg mna ia berada di dalam hati.

- Oleh itu kita mesti meningkatkan *Quran* (Q), *Solat* (S), *Infaq* (I) kita supaya rancangan kita untk berjaya dalam rancangan atau berjaya dalam diri.

- Rancanglah 1438H anda dengan mengambil kira bagaimana Q,S,I kita. Bukan sekadar kita, tapi isteri, suami dan anak2 kita supaya nanti goal kita untuk masuk syurga berjemaah tercapai.

Selamat TAHUN BARU HIJRAH

Seminar Persediaan Ke Alam Barzakh

📢📢📢👉📢📢📢
*SEMINAR PERSEDIAAN KE ALAM BARZAKH*

📆 22 Oktober 2016
📋 Sabtu
⏰ 08.00 pagi - 1.00 petang
🏫 Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
⏰08.00 pagi - 09.00 pagi
👉Ketibaan peserta dan pendaftaran
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
*SESI PEMBENTANGAN*

⏰09.00 pagi - 10.00 pagi
✏*Manusia di Hari Qiamat Menurut Al-Quran*
▶ DR. MUHAMAD FAISAL ASHAARI

⏰10.00 pagi - 11.30 pagi
✏*Malam Pertama di Dalam Kubur*
▶ USTAZ AHMAD DASUKI ABD RANI

⏰11.45 pagi - 1.00 petang
✏*Taubat dan Persediaan Menghadapi Kematian*
▶ USTAZ ZUL RAMLI RAZALI

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
⏰1.00 petang
👉SOLAT & MAKAN T/TGHARI
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
📌 Penyertaan terbuka kepada semua.

Pertanyaan
📲  012-244 0481 (Yus)
📲  013-370 9736 (Umi)
📲  012-244 0481 (Yus)
📲  013-370 9736 (Umi)

*Yuran penyertaan RM50 (awam) / RM25 (pelajar) seorang meliputi MAKAN dan kertas kerja*

Daftar awal (sebelum 15 Okt): RM40 / RM20 pelajar.
Daftar berkumpulan (3 org): RM120 / RM60 pelajar
(Minimum 3 orang)

*DAFTAR DI SINI* : http://goo.gl/F1khgI
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

*Maklumat lanjut*
https://m.facebook.com/persediaan.barzakh
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

➡ Anjuran
PERTUBUHAN PENDAKWAH (ISLAM) SELANGOR *(PPS)* dengan kerjasama MASJID HASANAH

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
📢📢 SEBARKAN 📢📢

Takwa &Tawakal

👷 Ketika kita sakit....
Allah tarik 3 perkara:

😪 Allah tarik keceriaan wajah kita.
😪 Allah tarik selera makan kita.
👍 Allah tarik dosa kita.

💐 Apabila sudah sembuh, Allah hantar 2 benda saja:
💐 😃 Allah hantar balik keceriaan wajah kita.
💐 😃 Allah hantar balik selera makan kita.
💐 👌 Tp Allah TAK HANTAR BALIK dosa kita..

🌙 🌙 Allahuakhbar sayangnya Allah pada kita.

MENGELUH.  - Sedikit tazkirah untuk perkongsian:

😔 Ketika kita mengeluh: “ishh, aku penat sangat."
ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

😔 Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.
" ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

😔 Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa.
" ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatKU hati akan tenang” (Ar Ra'd : 28)

😔 Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia.
" ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

😔 Ketika kita mengeluh: “ takde sorang pun yang nak tolong aku." ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)

😔 Ketika kita mengeluh : “ Aku sedih sangat.” ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)

Jangan banyak mengeluh. ❌😔 Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal.
Semoga menjadi insan yang bertakwa.
Hadapi dengan tenang.☺
Semoga berjaya.👍

Manafaat Berjalan Kaki

PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERJALAN KAKI

*1.JALAN KAKI mencegah Serangan Jantung*
Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung.
Dengan sering jalan kaki, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spons penyerap kolesterol jahat (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki kaki.

*2.JALAN KAKI mencegah Stroke*
Sebuah penelitian dilakukan pada 70 ribu karyawan yang dalam bekerja tercatat melakukan kegiatan berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko serangan stroke menurun hingga dua pertiga.

*3.JALAN KAKI Membakar Lemak*
Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

*4.JALAN KAKI Melangsingkan Badan*
Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terkikis.
Lakukan jalan kaki rutin selama satu jam.

*5.JALAN KAKI mencegah Kanser*
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih tertib. Jalan kaki juga boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

*6.JALAN KAKI Mencegah Osteoporosis*
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan vitamin D dan kalsium. Tubuh badan juga bergerak dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

*7.JALAN KAKI Mencegah Kencing Manis*
Dengan rutin jalan kaki, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk. Anda hanya perlu berjalan kaki rutin untuk terus menjaga kesuburan badan dan terhindar dari diabetes.

*8.JALAN KAKI mencegah Depresi*
Berjalan kaki dengan cepat boleh mengurangkan depresi dan juga manfaat.

Berjalan kaki ke Masjid akan Mendapat Dua kebaikan.
Orang yang melakukan akan mendapatkan dua kebaikan :
1 - Ditinggikan derajatnya,
2 - Akan dihapuskan dosa-dosa.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah swt (iaitu masjid) untuk menunaikan kewajipan yang telah Allah swt wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjatnya.
(HR. Muslim no. 1553)

*Subhanallah... manfaat berjalan kaki*

Membaca Al Quran

*BERAPA KALI SE-ELOKNYA BACA ALQURAN SEHARI*?

Dari Ustaz Dusuki Abdul Rani:
"Berapa kali kita kena baca Al-Quran dalam sehari?Kita kena baca Al-Quran sebanyak bilangan kita makan dalam sehari.Kita makan untuk jasad yang akan mereput suatu hari nanti, tetapi kita baca Al-Quran untuk roh yang akan terus hidup".

"Rasulullah s.a.w menceritakan dalam hadith baginda bahawa tatkala kematian berlaku pada seorang anak Adam, Al-Quran akan mula keluar dari jasadnya dan berada pada hujung kepalanya dengan syarat apabila Al-Quran dibaca setiap hari sebelum subuh.
Apabila jasad kita dimandikan dan dikafankan, Al-Quran akan duduk diantara dada dan kain kafan yang membalut jasad kita sehingga diusung ke kubur.

Apabila turun ke liang lahad dan dikebumikan sampai paras lutut, malaikat Munkar & Nakir akan bergerak ke hadapan wajah kita dan menghalau amalan-amalan seperti solat, puasa,zakat,haji.Tetapi hanya satu sahaja malaikat tak boleh halau iaitu amalan membaca Al-Quran sebelum subuh."

"Al-Quran yang dibaca sepanjang hidup kita akan menjadi peguam bela untuk menjawab soalan-soalan malaikat Munkar & Nakir yang diajukan pada kita.
Oleh itu, hiduplah dengan Al-Quran setiap hari dan jangan biarkan Al-Quran hanya menjadi hiasan di rak buku dan disimpan di dalam almari.