Thursday, February 26, 2015

Daripada Tanah Kembali ke Tanah

Mungkin ramai yang berasa gerun apabila bercakap soal mati. Malah, kalau boleh jangan sebut soal mati dalam perbualan. Soalnya, siapa yang boleh atau mengelak dirinya daripada mati? Ataupun tahu bila dia akan mati? Jadi, samada suka mati atau tidak suka mati tetap akan datang.

Bayangkan setelah mati seseorang, jenazahnya akan dimasukkan kedalam kubur. Lantai dan dindingnya ialah tanah, malah atapnya juga tanah. Waktu terlantar seorang diri di dalam 'bilik khas' tersebut, yang pasti tiada teman untuk bergurau. Sahabat handai, kawan taulan, semuanya sudah pulang kerumah masing-masing.


Alangkah beruntungnya mereka yang sudah bersedia  untuk kembali ketanah, lalu membuat persiapan awal untuk tinggal bersendirian disana. Tentu mereka sudah tidak kekok kerana sudah bersedia untuk menghadapi apa jua ujian dan risikonya.


Mengapa ketanah manusia jua akhirnya? Mungkin ramai yang menjawab, supaya tidak busuk bagi memberi keselesaan manusia yang masih hidup. Tetapi jawapan yang paling tepat ialah kerana asal ciptaan manusia itu sendiri daripada unsur tanah. Oleh sebab itu, selayaknya kita semua dikembalikan ke sana...

No comments:

Post a Comment