Friday, July 7, 2017

Saturday, January 21, 2017

Redha & Syurga

Lewat malam.
Seorang ayah menanti anak gadis kesayangnya dengan penuh kerisauan... Di ruang tamu. Seketika, kelihatan kereta masuk ke porch. Baru balik. Entah dari mana.
"Kamu, duduk dulu. Ayah nak cakap sikit."
Anak gadisnya duduk malas-malas.
"Kamu dari mana?"
Anaknya menjawab malas. Tahu ayahnya nak membebel.
"Keluar. Dengan kawan."
Ayahnya bertanya lagi.
"Kawan lelaki atau perempuan? Jujur."
Ah. Habis.
"Lelaki."
Ayahnya mendengus. Mungkin sesal. Mungkin kecewa.
"Ayah tak izinkan lagi kamu keluar malam. Tak kira, dengan kawan lelaki atau perempuan. Ini bukan kali pertama ayah perhatikan. Sudah banyak kali."
Anak gadisnya membentak.
"Tapi, bukan buat apa-apa pun. Takkan nak keluar makan-makan, pergi shopping, tengok wayang pun tak boleh?"
Ayahnya cuba bertenang.
"Boleh. Tapi bukan dengan kawan lelaki. Tapi dengan suami yang sah kamu nikahi.
Bagaimana kamu boleh kata tak buat apa-apa, sedangkan pakaian kamu mengatakan ada apa-apa? Lihatlah pada baju sendat yang kamu pakai, legging yang kamu pakai. Walaupun kamu bertudung, adakah itu tidak menjadikan mata lelaki itu tak terjejas apa-apa? Adakah kemaluan lelaki itu tidak respon apa-apa? Adakah nafsu lelaki itu tidak berkecamuk jadinya?"
Anak gadisnya menggelengkan kepala.
"Ayah, sumpah tak buat apa-apa. Dia lelaki baik. Dah lama kenal hati budi."
Ayahnya mencantas kata.
"Lelaki yang baik tak akan bawa keluar anak dara orang malam-malam. Cuba kamu fikir dengan logik akal. Sekiranya dia berani bawa kamu keluar malam begini, apa alasannya mustahil dia tak berani bawa keluar gadis lain di lain masa?
Lelaki yang tidak menjaga diri atau maruahnya akan menyebabkan perempuan yang bersamanya tak terjaga sama.
Kamu berpakaian untuk dia. Supaya dia suka lihat. Supaya dia rasa bangga dapat keluar dengan kamu. Dan ya, dia selamba memuji kecantikanmu. Kamu mempamer, dia sambut dengan pujian. Macam mana lelaki yang baik akan memuji apabila melihat seorang wanita tidak berpakaian menutup aurat dengan sempurna?
Adakah ayah mengajarkan kamu pakai begini dulu?
Mengapa bila kamu meningkat dewasa, masuk universiti akhirnya fesyen pemakaian berubah?
Degree menjadikan kamu lebih pintar atau menjadikan kamu lebih mungkar? Bukan salah pada degree, tapi salah pada iman sendiri."
Anak gadis merah muka. Diam. Nak menjawab. Tapi kelu.
"Adakah sebab ayah dah tua, ayah tidak berdaya, ayah tidak berkuasa, maka pudarlah rasa kamu untuk jadi anak yang beragama? Hormat luntur ikut usia..
Anak ayah yang ayah sayangi..."
Nada suara ayah ada getar sendu.
"Kamu kena ingat. Syurga itu tak sepenuhnya bergantung kepada reda suamimu.
25 tahun misalnya kamu hidup dengan ayah dan ibu, kalau kami tak reda 25 tahun itu, kamu juga susah untuk dijemput ke Syurga.
Meski suami reda, tapi kami tak reda, kamu masih di antara Syurga dan Neraka. Sekiranya kamu buat air mata suami menitis kegembiraan kerana baiknya layanan kamu kepadanya, patuhnya kamu, solehahnya kamu untuknya..
..tapi kamu buat air mata ayah ibu jatuh tanpa kamu rasa sesal sedikit pun..kamu masih tidak layak untuk Syurga.
Buat kami reda. Buat suami reda. Syurgalah bagi kamu."
Anak gadisnya itu menitiskan air mata. Rasa sebak di dada.
"Lelaki itu bukan untukmu. Ayah tidak akan membiarkan anak yang ayah dukung di bahu ayah ketika kecil, tangis tawa, susah senang hinggalah kamu mampu berdiri sendiri, disakiti oleh lelaki yang kurang imannya."
Si gadis bersuara perlahan.
"Tapi, dia selalu ada masa saya memerlukan..."
Ayahnya mencelah,
"Tidak. Selama ini kamu lemah, siapakah yang menguatkan? Ayah ibu. Pada siapa ayah ibu panjatkan doa supaya kamu kuat? Pada Allah.
Allah yang menguatkan dirimu di kala kamu memerlukan, di saat kamu jatuh, di setiap detik kamu layu lemah.
Demi Allah, kamu tidak kuat. Kerana Allah, kamu harus kuat.
Bukan kerana lelaki yang baru muncul setahun dua."
Air mata anak gadis itu berjuraian jatuh dari pipinya.
"Anakku...ayahmu ini lelaki. Lelaki kenal wajah sebenar lelaki.
Lepaskannya pergi, bangkit kembali. Kuat kembali.
Allah sentiasa di sisi."
Anak gadisnya itu terus memeluk orang tuanyaitu. Sungguh segalanya benar. Sejak mengenali pemuda itu, yang ada hanya kata sayang dan pujian. Hanya kata-kata khayalan dan angan-angan. Tidak menjadikannya lebih baik. Cuma menjadikannya lebih berfantasi dan nak happy.
Sedangkan Syurga berlantaikan iman.
Hatinya berbisik, "Subhanallah.. aku banyak dosa ya Allah.."
"Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat.. ampun kan aku Ya Allah"
************************
kongsikan kisah ini dlm grup famili anda..
Karya: Penulis Misteri,

Friday, January 20, 2017

Suami

Assalammualaikum...sedikit perkongsian tazkirah hari ni..

SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar..
Jadi seorangIisteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah Suami. Kita makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yg menakutkan kalau ada kata2 dan tindak tanduk kita yang melukai hati Suami - sengaja atau tak disengajakan.

Rasulullah SAW sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan Suami, si Isteri boleh lupa dengan kebaikan Suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan Perempuan ke Neraka. Allah.. betapa ngerinya!

Jadi seorang Isteri, banyakkanlah minta maaf dari Suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka Suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah Suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang Isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang Suami. Indahnya janji Allah bahawa Isteri yang diredhai Suaminya boleh masuk Syurga dari mana2 pintu yang disukainya. Indah sangat, sahabat2!! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi Isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah...

Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Aamiin. Aamiin.Aamiin..