Friday, September 27, 2013

Hak Wanita Menurut Islam

Soalan:
Apakah sama hak-hak yang diberikan Islam kepada lelaki & wanita?

Jawapan:

Agama Islam memandang sama antara darjat lelaki dan wanita. Oleh yang demikian, Islam juga menyamakan hak-hak lelaki dan wanita, samada dari segi pemikiran, mengadakan akad, berjual beli, hibah, wasiat, dan hak mewakilkan sesuatu kepada orang lain.

Menurut Islam, peribadi seseorang wanita dianggap sempurna sebagaimana kaum lelaki. Wanita yang belum berkahwin, sedangkan dia sudah akil baligh dan waras, berhak mengatur segala urusan hartanya. Walinya tidak boleh campur tangan dan menguruskan hartanya kecuali dengan persetujuannya atau dia telah mewakilkan mereka untuk menguruskan harta tersebut bagi pihaknya


Bahkan setelah berkahwin pun, hak-hak yang dimilikinya sebelum berkahwin tidak boleh dicampurkan dengan hak suaminya. Suaminya tidak boleh campur tangan kecuali dengan keizinannya. Dia boleh memilih samada mewakilkannya kepada suaminya untuk menguruskannya atau tidak. Dan setelah berwakil, dia boleh menarik kembali keizinannya itu semula bila-bila masa dikehendakinya


Barang-barang yang dibawa oleh mereka atau yang mereka miliki sebelum berkahwin tidaklah termasuk dalam harta perkongsian antara pasangan suami isteri itu dan masing-masing berhak menggunakan hartanya serta menguruskannya


Terdapat dua perkara yang perlu di beritahu iaitu:


  • Di Eropah pada zaman lampau kaum wanita mereka tiada hak menguruskan hartanya sendiri. Lebih kurang tiga puluh tahun kebelakangan ini (**rujuk tarikh penulisan artikel) wanita berhak menguruskan hartanya, padahal Islam sudah membuat peraturan seperti ini semenjak empat belas abad yang lalu
  • Di Eropah, setelah berlangsungnya perkahwinan, si suami dibolehkan mencampurkan harta yang di bawa oleh si isteri menjadi milik bersama. Si suami dianggap sebagai orang yang menerima wasiat atau sebagai wakil dari isterinya (**sila baca kitab Tanzim Al-Islam Li Al-Mujtama page 88)
Sementara dalam dunia Islam si suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri dan keluarganya. Dia tidak boleh menyentuh harta atau milik peribadi isterinya dengan alasan telah memberikan nafkah kepadanya kecuali atas persetujuan isterinya. Kalau isteri tidak setuju, dia wajib memberikan nafkah kepada isterinya seolah-olah isteri itu tidak mempunyai apa-apa. Seandainya si suami itu bakhil atau enggan memberi nafkah, isteri  berhak melapurkan kepada Mahkamah Syariah. Hakim akan memaksa lelaki itu memberikkan nafkah atau memisahkan mereka jika itu yang dikehendaki oleh isteri.

Demikianlah hak pengurusan harta yang telah diberikan Islam kepada kaum wanita. Dan seperti yang telah kita ketahui, agama Islam telah memberikan hak-hak yang lain atau kelayakan untuk mengerjakan sesuatu kepada kaum wanita. Hak-hak itu diberikan dengan penuh kepada mereka sebagaimana yang telah diberikan kepada kaum lelaki.


Dalam perbahasan seperti ini, terkadang timbul satu persoalan yang berat menanyakannya tetapi sangat penting didedahkan. Soalan seperti begini: Kalau Islam sudah memberikan hak-hak penuh kepada kaum wanita, apakah Islam memberikan hak kepada mereka untuk memilih suami?

Agama Islam telah menggariskan secara nyata bahawa wanita, samada dara atau janda, bebas memilih calon suaminya. Dia bebas memerima atau menolak lamaran orang yang meminangnya. Ayah atau keluarganya yang lain tidak berhak memaksanya berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya
Banyak nas-nas yang menerangkan masalah ini, antara lain:

  • Rasulullah s.a.w telah bersabda dimana lebih kurang maksudnya " Setiap wanita perlu diminta persetujuannya tentang urusan perkahwinannya. Persetujuan janda diketahui dengan ucapannya sendiri, sedangkan anak dara perlu ditanya tentang persetujuannya. Kalau dia diam bermakna dia telah bersetuju" 
  • Ada disebut dalam hadis Bukhari dan Muslim bahawa Khansa'binti Juzzam telah dikahwinkan oleh ayahnya tanpa persetujuannya. Dan dia adalah seorang janda. Dia telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan mengadukan persoalannya, lalu Rasulullah s.a.w telah membatalkan pernikahannya itu
  • Dalam riwayat yang diterima dari Ibnu Abbas, ada seorang hamba jariah yang masih perawan mendatangi Rasulullah s.a.w, Dia telah menceritakan bahawa ayahnya telah menikahkannya tanpa persetujuannya. Kemudian Rasulullah s.a.w telah memberikan pilihan kepadanya samada menerima perkahwinan itu atau membatalkannya. Setelah Rasulullah s.a.w memberikan hak kepadanya, dia berkata, " Engkau telah melepaskan aku daripada apa yang telah dilakukan oleh ayahku dan aku ingin menyampaikan kepada seluruh wanita bahawa ayah tiada berhak memaksa anak perempuannya berkahwin"
Inilah Agama Islam yang agung, wawasannya yang tepat, hukumnya yang adil serta sistemnya yang selamat, yang tidak sampai kepadanya umat yang cerdas serta kebudayaan yang tinggi

Dipetik dari Darul Nu'man 





Thursday, September 26, 2013

Wasiat Nabi Adam Kepada Puteranya


Nabi Adam a.s berwasiat kepada puteranya lima perkara dan menyuruh puteranya supaya mewasiatkan kepada puteranya dan seterusnya

  • PERTAMA. Katakan kepada putera-puterimu, jangan berasa tenang dengan dunia ini, kerana ketika saya berasa tenang denga  syurga Allah, maka Allah tidak redha mengusir saya daripadanya
  • KEDUA. Katakan kepada mereka, jangan menurutkan hawa nafsu wanita, maka sesungguhnya saya telah menuruti hawa nafsu wanita sehingga makan buah daripada pohon yang dilarang dan kemudiannya menyesal
  • KETIGA. Tiap amal yang hendak dikerjakan harus kamu perhatikan akibatnya, sebab seandainya saya memikirkan akibatnya maka saya tidak akan menerima akibat ini
  • KEEMPAT. Jika hati tidak tenang,maka hindarlah daripada perbuatan itu, sebab ketika aku memakan buah larangan itu goncang hatiku, tetapi aku tidak hiraukan, maka aku menyesal
  • KELIMA. Bermesyuwarahlah dalam semua urusan, sebab andainya aku bermesyuwarah dengan malaikat tidak akan terkena akibat ini
Doa Mohon Petunjuk Yang Hak dan Yang Batil:

"Ya Allah, perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu sebagai kebenaran dan berilah kekuatan kepadaku untuk mengikutinya. Dan perlihatkanlah pula kepadaku yang batil itu sebagai kebatilan dan berilah kemampuan bagiku untuk menghindarinya" 


Al-Raaf ayat 26:


" Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu tanda-tanda (limpahan kurnia) Allah (dan RahmatNya) kepada hamba-hambaNya supaya mereka mengenangNya ( dan bersyukur )"

Wednesday, September 25, 2013

Sepuluh Jenis Orang Islam Yang Kejam


Sufyan Athsauri berkata:
Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

  • seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukmin yang lain
  • seorang yang pandai membaca al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat
  • seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat ( sunat tahyatul masjid )
  • seorang yang berjalan dikuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur
  • seorang yang sampai ke sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah
  • seseorang yang di daerahnya di datangi orang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya
  • dua orang yang bertemu dijalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu
  • seorang yang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang
  • pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan
  • seorang yang kenyang sedangkan dia tahu jirannya lapar, tetapi tidak diberinya dari makanan itu
Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan diatas

Sunday, September 22, 2013

Kisah Nabi Nuh Meraung Tidak Henti-Henti


Nama asal Nabi Nuh a.s bukanlah Nuh, tetapi sesuatu nama lain yang tidak banyak diketahui, meskipun Allah s.w.t menyebut nama Nuh dalam al-Quran
Dalam bahasa Arab, makna NUH ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh mempunyai kisahnya yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya

Cerita Nabi Nuh a.s ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu dihadapan Nabi Nuh a.s Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa. Ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai, termasuk Nabi Nuh a.s sendiri pada zaman itu.


Nabi Nuh a.s pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti didepannya dengan agak kehairanan. Nabi Nuh a.s berkata " Wahai anjing, aku lihat muka kau begitu hodoh, mata engkau empat, tidak seperti anjing yang lain. Mengapa jadi begini?

Anjing itu pun menjawab "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang mengkehendaki mukaku hodoh begini? Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau?"

Nabi Nuh a.s pun meraung mendengarkan jawapan anjing yang hodoh itu. Ia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan.

Nabi Nuh a.s meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah s.w.t dengan tidak sengaja.

Sejak dari itu namanya dipanggil dengan NUH (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t


Doa Melihat Orang Cacat / Seseorang Ditimpa Bala:

" Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku daripada apa yang menimpanya, dan melebihkan aku daripada makhluk lain"


Tuesday, August 27, 2013

Antara Akal & Syahwat


Setelah suami Rabi'ah al Adawiyah mati, maka Hasan Bisri dan teman-temannya datang ke rumahnya dan dipersilakan mereka masuk. Kemudian ditutup Ra'biah tabir dan dia duduk dibelakang tabir seraya berkata: " Siapa yang paling pintar antara kalian maka dia adalah suami saya." Maka mereka menjawab: "Hasan Bisri".
Ra'biah: Apabila kamu dapat menjawab pertanyaanku, maka aku adalah milikmu"
Hasan: " Tanyalah semoga aku dapat menjawab"
Ra'biah: Apabila aku mati dan keluar daripada dunia ini, apakah aku nanti keluar dengan beriman atau tidak?
Hasan: Itu masalah ghaib dan tidak seorang pun yang mengetahui kecuali Allah
Ra'biah: Bila aku telah diletakkan di liang kubur dan ditanya Malaikat Mungkar & Nangkir apakah aku dapat menjawab atau tidak?
Hasan: Itu juga hal ghaib dan tidak ada orang yang mengetahuinya kecuali Allah.
Ra'biah: Apabila orang telah dikumpulkan di hari Kiamat dan diberikan catatan amal masing-masing, dengan tangan kanan atau tangan kirikah aku akan menerima amalanku?
Hasan: Itu pun barang ghaib juga.
Lalu Ra'biah berkata: Hai Hasan, barang siapa tidak dapat menjawab empat pertanyaan yang saya ajukan jangan berfikir untuk dapat mengahwini saya"
Kemudian Ra'biah bertanya untuk terakhir kalinya: "Hai Hasan, dalam beberapa bahagiankah Allah mencipta akal?"
" Sepuluh bahagian, sembilan untuk lelaki dan satu untuk perempuan" jawab Hasan
" Dalam berapa bahagiankah Allah mencipta syahwat?"
Hasan menjawab: " Sembilan bahagian untuk wanita dan satu bahagia untuk lelaki"
Ra'biah berkata: Hai Hasan, aku dapat menguasai 9 bahagian syahwatku dengan satu akal, sedang kamu pihak lelaki tidak dapat menguasai satu bahagian syahwat dengan sembilan akal yang kamu dapat"
Dan keluarlah Hasan dari rumah Ra'biah dengan tangisan dan air mata yang bercucuran.
Dipetik dari Cerita & Doa

Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan:


"Ya Allah, Tuhan yang Maha Hidup yang berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi. Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia.

Ya Allah tidak ada tuhan yang patut disembah hanya engkau aku memohon kepada-Mu semoga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah-Mu
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang"

Peganglah Api Apabila Teringatkan Zina


Ada seorang soleh yang sangat patuh pada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala bentuk maksiat dan keburukkan, sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya untuk berzina dengan seorang wanita jelita kerana terpersona pada kecantikkannya

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang baru sahaja dinyalakan untuk menerangi rumah orang soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu


Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri: " Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah! Aku akan letakkan jariku ini diatas sumbu pelita yang menyala itu, kiranya ia tahan panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu!"


Maka orang soleh itu pun meletakkan jarinya diatas sumbu tadi. Dan dia cuba untuk menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan dengan kepanasannya yang dideritanya itu.


Lalu dia segera berteriak: 'Wahai jiwa, tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan. Ini baru kepanasan api dunia, engkau sudah tidak tahan, padahal api dunia itu telah disejukkan oleh Allah s.w.t dengan air sebanyak 70 kali ganda agar manusia boleh bertentang dengannya.


Kalau hanya menghadap api dunia, engkau sudah tidak tahan, apatah lagi untuk menghadapi api neraka yang panasnya 70 kali ganda lebih dahsyat daripada api dunia ini" Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada  niatnya yang mula-mula tadi. Sejak hari itu hatinya tidak pernah di ganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.

Dipetik dari cerita & doa

Doa Mohon Hati Untuk Taat & Menjauhi Maksiat:


"Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu terbuka hati untuk membuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran, menyukai orang-orang Mukmin dan mengharapkan kasih sayang-Mu dan keampunan-Mu. 

Apabila engkau menimpakan sesuatu ujian kepada satu golongan umat, maka hindarkanlah aku dari ditimpa ujian itu. 
Aku tetap mohon kasih sayang-Mu dan kasih sayang kepada orang-orang yang suka pada-Mu dan menyukai orang yang mendekatkan diri kepada-Mu"

Zikir Lebih Berharga Dari Emas & Dirham


Nabi s.a.w menggalakkan umatnya berzikir. Sebagaimana hadis daripada Abu Darda; telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Tidakkah kamu mahu mengetahui sebaik-baik amalanmu, yang paling bersih disisi Tuhanmu, yang paling tinggi di dalam darjatmu, yang paling berharga daripada emas dan dirham atau lebih berharga daripada kamu memerangi musuhmu samada kamu membunuh atau kamu terbunuh?
Para sahabat bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah?
Sabdanya: ZIKRULLAH 
HR Tirmizi
Dipetik dari majalah Iman 

Monday, August 26, 2013

Solat Jenazah - Anak Menjadi Imam


Ini adalah antara amalan pengurusan solat jenazah yang perlu kita terapkan dalam masyarakat kita. Tidak ramai anak-anak atau orang awam, sanggup mengimamkan solat jenazah ibu atau bapa mereka hanya kerana isu remeh seperti tidak berkemampuan membaca doa yang panjang. 
Jadi golongan yang berilmu, termasuk para imam dan ustazlah yang perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang bersifat praktikal untuk masyarakat

Kita tidak perlu menunding jari kepada masyarakat umum yang tidak berani kehadapan dalam mengimamkan solat jenazah ahli keluarga. Ini kerana amalan masyarakat kita sebenarnya kurang memberi peluang kepada ahli keluarga terdekat. Disamping terdapatnya amalan-amalan tambahan yang menjadikan ramai di kalangan kita terlepas amalan-amalan yang lebih afdal


Jika keluarga terdekat anda pulang ke rahmatullah, bersedialah untuk menguruskan jenazah termasuk mengimamkan solat. Itulah yang lebih afdal kerana doa anda lebih ikhlas mengharapkan pengampunan dan rahmah Allah s.w.t.

Jika anda imam atau ustaz , bimbinglah keluarga si mati untuk menguruskan jenazah dan mengimamkan solat. Berilah peluang kepada kaum wanita sama-sama menunaikan solat dan berdoa bersama. Diharapkan solat dan doa daripada keluarga terdekat ini lebih ikhlas dan diterima oleh Allah Taala. 
Semoga dengan cara ini akan lebih menghayati peranan mereka sebagai hamba Allah.
Dipetik dari majalah Iman oleh Ustaz Abdullah Hamzah

Solat Jenazah - Ganjaran Yang Besar


Seringkali juga kita melihat jenazah di solatkan, ramai yang hanya sekadar menjadi pemerhati sedangkan ganjaran pahala bagi mereka yang solat jenazah amat besar. Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang menziarah jenazah dan solat untuknya ia akan mendapat satu 'qiirat'. Sesiapa yang solat dan menunggu sehingga ianya dikebumikan dia akan mendapat dua 'qiirat' . Rasulullah s.a.w ditanya apa yang dimaksudkan denga dua 'qiirat' itu. Rasulullah s.a.w menjawab: Umpama dua bukit yang besar. HR Muslim

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya pahala mereka yang solat jenazah dan juga sesiapa yang mengiringi jenazah sehingga dikebumikan. Tetapi masih ramai lagi yang tidak mengambil peluang ini.


Sebenarnya solat jenazah itu adalah sangat mudah. Ianya telah disyariatkan kepada umat Islam, tidak mengira lelaki atau wanita. Walaupun ianya fardhu kifayah yang tidak diwajibkan semua orang melaksanakannya, tetapi ia adalah peluang yang jarang ditemui. lebih-lebih lagi jika melibatkan keluarga terdekat yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.

Di petik dari Majalah Iman 
oleh Ustaz Abdullah Hamzah



Fadilat Zikir


Dari Jabir bin Abdillah ia berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik adalah Alhamdulillah" HR Ibnu Majah
Disamping itu zikir Lailahaillallah mempunyai banyak fadilat dan kelebihan antaranya adalah:


  • Mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w - ini berdasarkan daripada hadis Abu Hurairah r.a, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Yang mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Lailahailalllah dengan hati yang ikhlas" HR Bukhari
  • Mendapat jaminan masuk syurga - Dari Zaid bin Aqram meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Barangsiapa yang mengucapkan Lailahailallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan kedalam syurga. Lalu ditanya kepada Baginda s.a.w " Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?" Rasulullah s.a.w bersabda " Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram" HR at-Tabarani
  • Tidak akan dimasukkan kedalam api neraka - Dari Umar r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah keatasnya neraka jahanam. Kalimah itu adalah Lailahailallah HR al-Hakim
  • Mendapat timbangan yang lebih berat daripada amalan -amalan yang lain - Dari Abi Abas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Demi diriku ditanganNya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya, dan apa-apa yang ada diantaranya dan apa-apa yang ada dibawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah 'Lailahailallah' disebelah yang lain, maka dacing kalimah 'Lailahailallah' itulah yang lebih berat" HR at-Tabarani
  • Merupakan anak kunci syurga - Muadz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah 'Lailahaillallah' HR Imam Ahmad

Qarun - Hartawan Yang Penipu, Kedekut & Kufur Nikmat


Kurniaan harta yang di berikan oleh Allah swt sebenarnya adalah suatu ujian buat semua umat manusia. Mengikut kisah daripada al-Quran, Qarun adalah salah seorang daripada hartawan yang telah dipinjamkan oleh Allah swt dengan kekayaan yang tiada tandingannya dimata insan pada ketika itu.
Tetapi sayang  sekali, harta yang dikurniakan itu menjadi bala serta musibah yang besar keatas dirinya apabila telah ditenggelamkan oleh Allah swt bersama harta yang dimegah-megahkan  olehnya

Situasi ini telah digambarkan melalui firman Allah swt yang berbunyi " Maka kami benamkan dia (Qarun) bersama rumah (hartanya) kedalam perut bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah swt dan dia tidak termasuk orang yang dapat membela diri" AL-QASAS: 81


Sebenarnya apa yang dapat kita hayati daripada kisah Qarun ialah janganlah kita sampai ketahap kufur kepada nikmat Allah swt serta lupa untuk mensyukuri nikmat. Ibnu Qayyim telah menjelaskan bahawa sifat kufur nikmat ini adalah satu fenomena semulajadi yang semestinya akan terjadi kepada setiap Muslim yang terlalu asyik atau lalai dengan nikmat dunia.


Apabila penyakit-penyakit hati sebegitu telah semakin memenuhi diri,maka insan akan lebih mencintai dunia lebih daripada perkara akhirat. Perintah Allah swt akan dilanggar dan tidak diendahkan akibat daripada rasa 'hubbu al-Duniyya' yakni terlalu cintakan dunia Insafilah diri bahwa dunia dan isinya adalah sementara, sekadar pinjaman daripada Alalh swt buat kita 

Dipetik daripada Majalah Iman

Haman - Penasihat Yang Suka Mengampu & Menyorokkan Kebenaran


Dalam al-Quran, kisah yang berkaitan dengan kekejaman Firaun tidak boleh dipisahkan dengan penjelasan tentang menteri atau penasihatnya iaitu Haman

Para mufasirin menjelaskan bahawa Haman adalah penasihat yang sangat disayangi oleh Firaun dan menjadi tempat rujukannya. Sebagai seorang menteri kanan, dia sepatutnya menyebut perkara yang benar dan menasihati ketuanya tentang perkara kebaikkan. Akan tetapi, demi menjaga kedudukan dan jawatannya, Haman menyembunyikan nasihat yang benar. Malah dia sentiasa mengampu Firaun dan mengiakan setiap tingkah laku Firaun yang sangat kufur.


Hal ini ditunjukkan melalui firman Allah swt yang bermaksud " Dan Firaun telah berkata 'Wahai para pembesar kaumku, aku tidak mengetahui ada tuhan bagimu semua melainkan aku. Maka bakarlah tanah liat (untuk dijadikan batu bata) untukku wahai Haman, kemudian buatlah bagiku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik dan melihat Tuhan Musa, dan aku yakin dia termasuk daripada kalangan pendusta' "

(Al Qasas:38)

Iktibar yang boleh diambil ialah, apabila kita diberi tanggungjawab untuk memberikan nasihat dan menyuarakan pandangan tentang sesuatu kemusykilan, janganlah sesekali kita memberikan jawapan atau pandangan yang bertujuan mengampu atau mengambil hati orang atasan. Sehingga kita sanggup untuk menukarkan yang hak kepada yang batil dan yang batil kepada yang hak.


Ini sangat ditegah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa Baginda saw tealh menyifatkan bahawa agama Islam adalah satu nasihat " Agama itu adalah suatu nasihat, Kami bertanya: ' Bagi Siapa?' Maka Rasulullah menjawab" Bagi Allah, bagi KitabNya, bagi RasulNya, bagi Pemimpin kaum Muslimin dan bagi seluruh umat Muslimin" 

Thursday, August 22, 2013

6 Halangan Mencapai Darjat Solihin

Ibrahim Bin Adham berkata: Seseorang itu tidak akan dapat mencapai darjat solihin melainkan dia terlebih dahulu melepasi enam halangan:

  • Tertutupnya pintu nikmat dan terbukanya pintu kesusahan
  • Tertutupnya pintu kerehatan dan terbukanya pintu usaha keras
  • Tertutupnya pintu kebanggaan dan terbukanya pintu kehinaan
  • Tertutupnya pintu tidur dan terbukanya pintu berjaga malam
  • Tertutupnya pintu kekayaan dan terbukanya pintu kefakiran
  • Tertutupnya pintu angan-angan dan terbukanya pintu persediaan untuk menghadapi kematian


Wednesday, August 21, 2013

Kamu Aibkan Orang, Allah Aibkan Kamu


Ketahuilah bahawa Allah swt Maha Adil. Sekiranya kamu membuka aib orang lain dan meuar-uarkannya, maka bersedialah untuk diaibkan pula.
Sabda Rasulullah saw "Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya, tetapi belum masuk lagi iman kedalamnya! Janganlah kalian mengumpat orang-orang Islam, janganlah sekali-kali kamu membuka aib mereka. Sesungguhnya, siapa yang membuka aib saudaranya, maka Allah akan membuka aibnya pula. Dan barangsiapa yang Allah buka aibnya ia tetap akan berlaku walaupun di dalam rumahnya sendiri" 
HR Abu Daud

Justeru, peliharalah lidahmu dengan ibadah. Jadikanlah ia sebagai anggota untuk membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah swt. Janganlah berkata-kata melainkan perkara-perkara yang baik-baik sahaja dan berfaedah. Semoga nikmat lidah yang diberi menjadi asbab untuk masuk kedalam syurga yang indah dengan jalan yang mudah



Anda Suka Makan Daging Manusia?


Sudah semestinya anda tidak suka. Bahkan, anda akan mengatakan bahawa daging manusia haram dimakan. Namun itulah hakikatnya. Apabila seseorang mengumpat saudaranya yang lain, maka sebenarnya sedang memakan daging saudaranya yang telah mati.
Firman Allah swt "Janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika sedemikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani" Surah al-Hujurat:12
Menurut Imam at-Tabari, di dalam ayat ini Allah swt mengajukan soalan kepada orang-orang yang beriman sama ada mereka suka memakan daging saudara mereka selepas mereka mati. Justeru, jika kamu berasa jijik dan tidak sanggup untuk memakan daging manusia, begitulah seharusnya yang perlu kamu rasakan ketika ingin mengumpat orang lain.
Dengan mengambarkan bahawa kamu bakal mengunyah dan menelan daging saudara kamu, seharusnya kamu mampu segera berhenti daripada bercerita mengenai keaiban saudara kamu itu.

Wednesday, July 24, 2013

Cubalah Bersikap Sabar Dengan Perangai Isteri

Diceritakan , bahawa ada seorang datang kerumah Khalifah Umar Al Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila orang itu sampai ke pintu rumah Khalifah, tiba-tiba ia terdengar isteri Khalifah sedang mengangkat suara mengata nista Khalifah sedangkan Khalifah hanya berdiam diri sahaja, tidak menjawab sepatah kata pun.
Maka orang itu tidak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah Khalifah Umar Al Khattab, maka dengan tidak semena-mena dia dipanggil oleh Khalifah seraya bertanya kepadanya: " Apa hajatmu datang kemari? "
Jawabnya: " Tidak apa-apa wahai Amirul Mukminin! "
Tanya Khalifah: " Mengapa datang, kalau tiada apa-apa? "
Kata orang itu lagi: " Sebenarnya saya datang untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati Tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya! "

Berkata Khalifah Umar: " Wahai saudaraku! Aku terpaksa menanggung semua ini kerana aku terhutang budi kepadanya. Dia telah memasakkan makanan untukku, membuat roti untukku. membasuh pakaianku, menyusukan anakku, padahal itu tidak wajib atasnya. Dan dia telah menjadi tempat kemesraanku, dimana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana dapat aku menentangnya,jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga sahaja. "

Kata ornag itu pula: " Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba juga, wahai Amirul Mukminin. "

Maka berkata Amirul Mukminin lagi: " Wahai saudaraku. Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu! "

Tuesday, June 18, 2013

Tanggungjawab & Ganjaran Yang Diterima

Soalan:
Apakah sama tanggungjawab lelaki & wanita? Dan apakah ganjaran yang mereka terima?

Jawapan:

Menurut Islam. lelaki dan wanita akan sama-sama ditanya dan di suruh mempertanggungjawabkan amalannya masing-masing. Seseorang tidak akan ditanya amalan orang lain.
Firman Allah :
- Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain - Faathir 18
- Setiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya - At-Thur 21
- Dan bahawasanya manusia itu tiada memperolehi selain daripada apa yang diusahakannya - An Najm 39
Tanggungjawab seperti inilah yang dibebankan keatas tengkuk manusia lelaki dan wanita dengan sama rata. Lelaki akan ditanya akan amalan yang dikerjakannya dan wanita pula akan ditanya tentang amalannya yang dikerjakannya. Tanggungjawab inilah yang menyebabkan lelaki dan wanita sama dalam menerima ganjaran pahala atau siksa.
Firman Allah:
- Lelaki mendapat ganjaran dari apa yang telah mereka kerjakan dan wanita mendapat ganjaran dari apa yang mereka kerjakan - An Nisa 32
- Sesiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki atau wanita, dalam keadaan beriman, maka akan Kami berikan kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan - An Nahl 97
- Sesiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki atau wanita, sedangkan dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak dianiayai walau sedikitpun - An Nisa 124
- Lelaki dan wanita yang mencuri, potonglah tangannya sebagai pembalasan. dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah - Al Maidah 38
- Wanita dan lelaki yang berzina, maka deralah mereka 100 kali dera - An Nuur 2
Begitulah juga dalam siksa atau hukuman yang lain, Islam menyamakan hukuman lelaki dan wanita sama rata. Demikianlah syariat Allah yang tidak mungkin ada yang membatalkannya, samada di zaman turunnya syariat itu atau di zaman sesudahnya. Syariat Allah tidak akan memberati seseorang untuk mengerjakan tugas orang lain, akan tetapi setiap individu diwajibkan mempertanggungjawabkan amalannya masing-masing.
Disamping Islam menyamaratakan antara lelaki dan wanita dalam bidang tanggungjawab secara khusus (untuk diri masing-masing) mereka juga diberi tanggungjawab yang sama untuk tugas-tugas sosial.
Firman Allah:
-Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan amalan yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pekasa Lagi Maha Bijaksana - At Taubah 71
- Orang -orang munafik, lelaki atau wanita, sebahagian mereka dengan sebahagia yang lain adalah sama. Mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang membuat yang makruf dan mereka menggengamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya  orang-orang yang munafik itulah orang-orang yang fasik. Allah mengancam orang-orang Munafik, lelaki dan wanita dan orang-orang kafir dengan neraka jahanam. Mereka kekal didalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka dan bagi mereka azab yang kekal - At Taubah 67-68
Lelaki dan wanita sama-sama wajib mengajak untuk mengerjakan kebaikan dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar. Namun demikian bukan bererti mereka semua mesti menjadi mubaligh, tetapi dalam bidang atau caranya masing-masing.
Ini adalah disebabkan kehidupan bermasyarakat ini tidak akan baik dan tidak akan teratur kecuali anggota masyarakat itu sendiri saling nasihat menasihati dan tolong menolong antara satu sama lain.
Dipetik dari Darul Nu'man


Wednesday, June 5, 2013

Amalan Ba Ta Mim


Amalan Ba Ta Mim ini adalah amalan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah swt. Sangat digalakkan di baca selepas solat fardhu dan dalam berwuduk. Juga boleh diamalkan pada bila-bila masa sahaja pada waktu lapang anda. Digalakkan diamalkan 2 kali sehari atau sekali dalam sehari sudah memadai, mengikut kesesuaian waktu yang kita ada. 
IFTITAH (PEMBUKAAN)

A 'UZUBILLAHIS SAMI 'IL ALIMI MINASH SYAITONIR ROJIM; 
BISMILLAHIR ROHMANIR ROHIM
Aku berlindung dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang di rejam
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


SYAHADAH

ASY HADU ALLA ILAHA ILLALLAH; WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR ROSULULLAH
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu persuruh Allah.


ISTIGHFAR (7X)

ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM 
ALLAZI LA ILA HAILLA 
HUWAL HAYYUL QOYYUM 
WA ATUBU ILAIHI
Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung; tiada Tuhan kecuali Engkau yang Sentiasa Hidup dan Sentiasa Berwaspada; aku bertaubat kepada-Mu.


PENGHULU ISTIGHFAR

ALLAHUMA ANTA ROBBI LA ILA HAILLA ANTA KHOLAQTANI WA ANA 'ABDUKA WA ANA 'ALA 'AHDIKA WA WA 'DIKA MASTATHO'. 
A 'UZUBIKA MIN SHARIMMA SONA'TU ABU ULAKA BINI'MATIKA 'ALAIYA WA ABU ULAKA BIZANBI FAGHFIRLI FAINNAHU LA YAGHFIRUZ ZUNUBA ILLA ANTA.
Ya Allah Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam janji untuk mentaatimu sejauh kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukkan yang pernah ku lakukan. Aku mengakui semua nikmat yang telah Engkau berikan, dan aku mengakui semua dosa yang pernah ku kerjakan. Oleh itu, ampunilah semua dosaku kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa selain Engkau.


DOA RASULULLAH

ALLAHHUMMA LAKA ASLAMTU WABIKA AMANTU WA'ALAIKA TAWAKKALTU; 
WA ILAIKA ANABTU WA BIKA KHOSOMTU; 
ALLAHUMMA INNI A'UZUBI'IZZATIKA LAILAHAILLAH ANTA AN TUDHILLANI ANTAL HAYYUL LAZI LA YAMUTU WAL JINNU WAL INSU YUMUTUN.
Ya Allah,hanya kepada Engkaulah aku berserah diri, beriman, bertawakal, bertaubat dan mengadu. Ya Allah, aku berlindung dengan keperkasaan-Mu, zat yang tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon agar Engkau tidak membiarkan aku sesat. Engkaulah zat Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati, sedang semua jin dan manusia pasti mengalami kematian.



WIRID TAUHID (3X)
LAILAHA ILLALLAH HU WAHDAHU LA SHARIKALAH; LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WAYUMITU WAHUWA'ALA KULLI SHAI IN QODIR.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, yang Maha Berkuasa dan bagiNya segala pujian, Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


DOA MOHON PERLINDUNGAN (7X)

ALLAH HUMMA AJIRNA MINANNAR
Ya Allah Ya Tuhan kami, lindungilah kami dari azab api neraka.


DOA MOHON KESEJAHTERAAN

ALLAH HUMMA ANTAS SALAM WAMINKASSALAM, 
WA ILAIKA YA U'DUS SALAM, 
FAHAY YINNA ROBBANA BISSALAM, 
WA ADKHILNAL JANNATA DAROS SALAM, 
TABAROKTA ROBBANA WATA'ALAIT, 
YA ZAL JALA LI WAL IKROM
Ya Allah, Engkaulah yang Maha Sejahtera, dari Engkau datangnya kesejahteraan, kepada Engkau kembalinya kesejahteraan, hidupkanlah kami dalam kesejahteraan, dan masukkanlah kami ke dalam syurga yang sejahtera, limpahan berkat dari-Mu Ya Allah yang Maha Tinggi dan Yang Maha Memiliki segala kebesaran dan kemuliaan.


SURAH FATIHAH

1. BISMILLA HIRROH MANIRROHIM
2. ALHAMDULILLA HIROBBIL 'ALAMIN
3. AR ROHMA NIRROHIM
4. MALIKIYAU MIDDIN
5. IYYA KANA'BUDU WA IYYA KANAS TA'IN
6. IHDINAS SIROTOL MUSTAQIM
7. SIROTHOL LAZI NA AN'AMTA 'ALAIHIM GHOIRIL MAGHDUBI 'ALAIHIM WALADH DHOLLIN
1. Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
3. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
4. Yang Menguasai hari pembalasan (hari akhirat)
5. Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan
6. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus
7. Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=1&verse=1


SURAH AL BAQARAH 1-5

1. ALIF LAM MIM
2. ZALIKAL KITABULA ROIBAFI HI HUDAL LIL MUTTAQIN
3. ALLAZI NA YUKMINU NABIL GHOIBI WAYUQI MUNAS SOLATA WAMIMMA ROZAQNA HUM YUNFIQUN
4. WALLAZI NAYUKMINU NABIMA UNZILA ILAIKAWAMA UNZILAMIN QOBLIK; 
WA BIL AKHIROTIHUM YUQINUN
5. ULA IKA 'ALA HUDAM MIRROBBIHIM; 
WA ULA IKA HUMUL MUFLIHUN
1. Alif,Laam, Miim
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan ( mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)
5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=2&verse=1


AYATUL KURSIY

WA ILA HUKUM ILAHUW WAHID; 
LA ILA HA ILLA HUWAR ROHMA NUR ROHIM(163) ALLAHU LA ILA HAILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM; 
LA TAKKHUZUHU SINATUW WALA NAUM; 
LAHUMA FISSAMA WATIWAMA FIL ARDH; 
MANZAL LAZI YASHFA 'U'INDAHU ILLA BI IZNIH; YA'LAMUMA BAINA AIDIHIM WAMA KHOLFAHUM; 
WALA YUHITHU NABISYAI IN 'ILMIHI ILLA BIMA SYAK; 
WASI'AKURSIYYUHUS SAMA WATIWAL ARDH; 
WALA YA U DUHU HIFZUHUMA; 
WAHUWAL 'ALIYYUL'AZIM
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak di sembah) selain dari Allah Yang Maha Permurah lagi Maha Mengasihani (163)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak di sembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekelian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang berada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemulianNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).(255)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=2&verse=255


SURAH AL BAQARAH 284-286

LILLAHI MA FISSAMA WATIWAMA FIL ARDH; 
WA IN TUBDU MA FI AN FUSIKUM AU TUKHFUHU YUHASIBKUM BIHILLAH; 
FAYAGHFIRU LIMAIYASHA U WAYU 'AZZIBU MAI YASHAK; 
WALLAHU 'ALA KULLI SYAI IN QODIR(284) 
AMANAR ROSULU BIMA UNZILA ILAIHI MIRROBBIHI WAL MUKMINUN; 
KULLUN AMANA BILLA HIWAMALA IKATIHI WA KUTUBIHI WARUSULIH; 
LA NUFARRIQU BAINA AHADIM MIRRUSULIH; 
WAQOLU SAMI'NA WA A THO'NA; 
GHUFRONAKA ROBBANA WA IKAIKAL MASIR(285) 
LA YUKALLIFULLO HUNAFSAN ILLA WUS'AHA; 
LAHA MAKASABAT WA'ALAIHA MAKTASABAT; 
ROBBANA LA TU AKHIZNA INNASINA AU AKHTHO'NA; ROBBANA WALA TAHMIL 'ALAINA ISRON KAMA HAMALTAHU 'ALAL LAZI NAMIN QOBLINA; 
ROBBANA WALA TUHAMMIL NAMALA THOQOTOLANA BIH; WA'FU'ANNA WAGHFIRLANA WARHAMNA; 
ANTA MAULANA FANSURNA 'ALAL QAUMIL KAFIRIN(286)
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (284) Rasullulah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semua beriman kepada Allah dan Malaikat-MalaikatNya dan Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-RasulNya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali (285) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikkan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang di usahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (286)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=2&verse=284


DOA PENYERAHAN

BISMILLAHI TAWAKKALTU'ALALLAH; 
WA'TASOMTU BILLAH; 
WA WAFFAQTU AMRI ILALLAH; 
HASBUNAALLAHU WANI'MAL WAKIL; 
WALAHAULAWALA QUWWATA ILLA BILLA HIL 'ALIYYIL 'AZIM
Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Mu; dan sesungguhnya aku berlindung kepada Allah; dan aku menyerahkan segala urusanku kepada Allah; cukuplah Allah bagiku dan segala nikmat yang diberikan dan tiada daya upayaku melainkan dengan bantuan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


SURAH AN-NAML-93

WAQULIL HAMDULILLA HISAYURIKUM AYATIHI FATA'RIFUNAHA, 
WAMA ROBBUKA BIGHOFILIN'AMMA TA'MALUN.
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung). Dia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata) dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=27&verse=93


SURAH AL-MUKMINUN 115-118

AFAHASIBTUM ANNAMA KHOLAQ NAKUM 'ABASAU WA ANNAKUM ILAINA LATURJA'UN(115) FATA'ALLAHULMALIKULHAQ LAILAHAILLAHU WAROBBUL'ARSYIL KARIM(116) 
WAMAIYAD 'U MA'ALLAHI ILAHAN AKHOROLA BURHANALAHUBIH. FAINNAMA HISABUHU 'IN DAROBBIH. INNAHU LAYUFLIHUL KAFIRUN(117)
WAQUR ROBBIGH FIR WARHAM WA ANTA KHOIRUR ROHIMIN(118)
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan di kembalikan kepada Kami?(115) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia (116) Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amal yang jahat itu) disediakan disisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya(117) Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakanlah rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat! (118)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=23&verse=115


SURAH AL-FAJAR 27-30

YAAIYATUHAN NAFSUL MUTMAINNAH(27) 
IRJI'I ILA ROBBIKI RODIYATAM MARDIYAH(28) FADKHULI FI 'IBADI(29) 
WADKHULI JANNATI(30)
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata}: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!(27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (disisi TuhanMu)!(28)
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia(29) Dan masuklah kedalam SyurgaKu!(30)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=89&verse=27


SURAH AL-MAIDAH-11 (3X)

YA AIYUHAL LAZI NA AMANUZ KURU NI'MATALAHI 'ALAIKUM IZHAMMA QAUMUN AIYABSUTU ILAIKUM AIDIYAHUM FAKAFFA AIDIYAHUM'ANKUM; WATTAQULLAH;
WA'ALLALAHI FAL YATAWAKKALIL MUKMINUN.
Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan kepada Allah jualah (sesudah takwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri.
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=5&verse=11



SURAH AL-FAJAR 27-30
YAAIYATUHAN NAFSUL MUTMAINNAH(27) 
IRJI'I ILA ROBBIKI RODIYATAM MARDIYAH(28) FADKHULI FI 'IBADI(29) 
WADKHULI JANNATI(30)
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata}: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!(27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (disisi TuhanMu)!(28)
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia(29) Dan masuklah kedalam SyurgaKu!(30)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=89&verse=27



SURAH AT-TAUBAH 128-129 (3X)
LAQOD JA AKUM ROSULUM MIN ANFUSIKUM 'AZIZUN 'ALAIHIMA 'ANITTUM HARISUN 'ALAIKUM BILMUKMINI NARO U FUR ROHIM(128)
FA IN TAWALLAU FAQUL HASBIYAALLAHU LA ILA HA ILLA HUWA 'ALAI HITAWAKKALT;
WAHUWA ROBBUL 'ARSYIL 'AZIM(129)
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang snagat tamak (inginkan) kebaikkan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman(128) Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar(129)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=9&verse=128



SURAH AL-FAJAR 27-30
YAAIYATUHAN NAFSUL MUTMAINNAH(27) 
IRJI'I ILA ROBBIKI RODIYATAM MARDIYAH(28) FADKHULI FI 'IBADI(29) 
WADKHULI JANNATI(30)
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata}: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!(27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (disisi TuhanMu)!(28)
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia(29) Dan masuklah kedalam SyurgaKu!(30)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=89&verse=27



SURAH AL-HASYR 23-24 (3X)
A'UZUBILLA HIS SAMI'IL ALIMIMI NASH SYAITHO NIR ROJIM; 
HUWOLLO HULLAZI LA ILA HA ILLA HUWAL MALIKUL QUDDUSUS SALAMUL MUKMINUL MUHAIMINUL 'AZIZUL JABBARUL MUTAKABBIR; 
SUBHANALLA HI'AMMA YUSYRIKUN(23) 
HU WOLLO HUL KHOLIQUL BARI UL MUSAWWIRU LAHUL ASMA UL HUSNA; 
YU SABBIHU LAHU MA FISSAMA WATIWAL ARDH; WAHUWAL AZIZUL HAKIM(24)
Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam; Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekelian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya(23) Dialah Allah yang menciptakan sekelian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana(24)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=59&verse=23



SURAH AL-FAJAR 27-30
YAAIYATUHAN NAFSUL MUTMAINNAH(27) 
IRJI'I ILA ROBBIKI RODIYATAM MARDIYAH(28) FADKHULI FI 'IBADI(29) 
WADKHULI JANNATI(30)
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata}: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!(27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (disisi TuhanMu)!(28)
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia(29) Dan masuklah kedalam SyurgaKu!(30)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=89&verse=27


SURAH AT-THOLAQ 2-3 (3X)

WA MAI YATTAQILLA HAYAJ'ALLAHU MAKHROJA(2) 
WA YAR ZUKHU MIN HAI SULA TAHTASIB; 
WAMAI YATAWAKKAL 'ALALLAHI FAHUWA HASBUH; INNALLAHA BALIGHU AMRIH; 
QODJA 'ALALLAHU LIKULLI SYAI IN QODRA(3)
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan  mengadakan baginya jalan keluar( dari segala perkara yang menyusahkannya)(2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu(3)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=65&verse=2


SURAH AL-FAJAR 27-30

YAAIYATUHAN NAFSUL MUTMAINNAH(27) 
IRJI'I ILA ROBBIKI RODIYATAM MARDIYAH(28) FADKHULI FI 'IBADI(29) 
WADKHULI JANNATI(30)
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata}: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!(27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (disisi TuhanMu)!(28)
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia(29) Dan masuklah kedalam SyurgaKu!(30)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=89&verse=27


AL-IKHLAS (3X)

QUL HUWALLAHU AHAD(1) 
ALLAHUSSOMAD(2) 
LAM YALID WA LAM YULAD(3) 
WA LAM YAKULLAHU KUFUAN AHAD(4)
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.(1) Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat.(2) Dia tidak beranak dan Dia tidak pula di peranakkan.(3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya(4)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=112&verse=1


AL-FALAQ (3X)

QUL A 'UZUBI ROBBIL FALAQ(1) 
MIN SYARRIMA KHOLAQ(2) 
WA MIN SYARRI GHOSIQIN IZA WAQOB(3) 
WA MIN SYARRIN NAFFASA TIFIL 'UQOD(4) 
WA MIN SYARRIHA SIDIN IZA HASAD(5)
Katakanlah (wahai Muhammad): aku berlindung kepada Allah tuhan yang menciptakan sekelian makhluk(1) dari bencana makhluk-makhluk yang dia ciptakan(2) dan dari bahaya gelap apabila dia masuk (3) dari kejahatan mahkluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan(dan ikatan-ikatan)(4) serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya(5)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=113&verse=1


AN-NAS (3X)

QUL A 'UZUBI ROBBIN NAS(1) 
MALIKIN NAS(2) ILA HIN NAS(3) 
MIN SYARRIL WASWASIL KHONNAS(4) 
ALLAZI YU WAS WISUFI SUDURIN NAS(5) 
MINAL JIN NATIWAN NAS(6)
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekelian manusia(1) Yang Menguasai sekelian manusia(2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia(3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam(4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia(5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia(6)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=114&verse=2


SURAH FATIHAH (3X)

BISMILLA HIRROH MANIRROHIM(1) 
ALHAMDULILLA HIROBBIL 'ALAMIN(2) 
AR ROHMA NIRROHIM(3) 
MALIKIYAU MIDDIN(4) 
IYYA KANA'BUDU WA IYYA KANAS TA'IN(5) 
IHDINAS SIROTOL MUSTAQIM(6) 
SIROTHOL LAZI NA AN' AMTA 'ALAIHIM GHOIRIL MAGHDUBI 'ALAIHIM WALADH DHOLLIN(7)
Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang(1) Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam(2) Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang(3) Yang Menguasai hari pembalasan (hari akhirat)(4) Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan(5) Bimbinglah kami ke jalan yang lurus(6) Iaitu jalan orang yang engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat(7)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=1&verse=1


BISMILLAH 7

BISMILLA HIS SAMI'IL BASIRIL LAZI LAISAKAMISLIHI SHAI UN; 
WAHUWA BIKULLI SYAI IN'ALIM.
BISMILLA HIL KHOLLAQIL'ALIMI LAZI LAISAKAMISLIHI SHAI UN; 
WAHUWAL FATTAHUL'ALIM.
BISMILLA HILLAZI LAISAKAMISLIHI SHAI UN; WAHUWAL 'ALIMUL KHOBIR.
BISMILLAHIL LAZI LAISAKAMISLIHI SHAI UN; WAHUWAL HALIMUL QODIR.
BISMILLAHIL 'AZIZIL KARIMIL LAZI LAISAKAMISLIHI SHAI UN; 
WAHUWAL GHOFURUR ROHIM.
BISMILLAHILLAZI LAYADHURRU MA'ASMIHI SHAI UN FIL ARDHI WALA FISSAMA I' WAHUWAS SAMI 'UL 'ALIM (3X)
FALLAHU KHOIRUN HAFIZAW WAHUWA AR HAMUR ROHIMIN
Dengan nama Allah yang Maha mendengar lagi Maha Melihat, yang tidak ada sesuatu pun seperti-Nya, dan Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu.
Dengan nama Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun seperti-Nya, dan Dia Maha Menguasai lagi Maha Menetahui.
Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertiNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertiNya, dan dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Dengan nama Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia yang tidak ada sesuatu pun sepertiNya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Mulia.
Dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui(3x)
Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan dia Maha Pengasihani dari segala-galanya.


SELAWAT (11X)

ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA'ALA ALIhi MUHAMMAD
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhammad dan para keluarga Nabi Muhammad


ISTIGHFAR (7X)

ASTAGHFIRULLAH HAL'AZIM 
ALLAZI LAILAHA ILLA HUWAL HAYYUL QOYYUM WAATUBU ILAIEH
Aku memohon keampunan dariMu ya Allah yang maha Agung, tiada Tuhan melainkan Engkau yang Maha Hidup dan Maha Kekal, dan aku bertaunat kepadaMu


MUNAJAT DZUN-NUN (SURAH AL-ANBIYA 87) (7X)

LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZOLIMIN
Tiada tuhan melainkan Engkau (Ya Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang yang zalim (melakukan dosa)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=21&verse=87


DOA PELINDUNG DIRI (7X)

A'UZUBIKALIMA TILLA HIT TAMMATI MIN SYARRIMA KHOLAQ
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang Maha Sempurna dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya


DOA NABI MUSA (SURAH AL-QASAS 21) (7X)

ROBBI NAJJINI MINAL QAUMIZ ZOLIMIN
Ya Tuhanku, selamtkanlah aku dari kaum yang zalim
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=28&verse=21


SURAH AL-ANKABUT 30 (7X)

ROBBIN SURNI 'ALAL QAUMIL MUFSIDIN
Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakkan (derhaka)
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=29&verse=30



SURAH AD-DHARIYAT 42 (7X)
MATAZARU MIN SHAI IN ATAT 'ALAIHI ILLA JA 'ALAT HU KARROMIM
Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu.
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=51&verse=42


SURAH AL-MULK 14 (7X)

ALA YA'LAMUMAN KHOLAQO WAHUWALLATI FULKHOBIR
Tidakkah Allah yang menciptakan sekelian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=67&verse=14


SURAH AL-AN'AM 103 (7X)

LATUDRIKU HUL ABSORU WAHUWA YUDRIKUL ABSOR. WAHUWAL LATI FUL KHOBIR
Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=6&verse=103


SURAH AL-ANFAL 17 (7X)

WAMAROMAITA IZROMMAITA WALAKIN NALLAHAROMA
Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=8&verse=17


SURAH AL-NAHL 96 (7X)

MA'INDAKUM YANFADU WAMAI'NDALLAH HIBAQ
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal.
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=16&verse=96


ZIKIR PUJI-PUJIAN (7X)

SUBHANALLAH; 
WALHAMDULILLAH; 
WALAILAHA ILLALLAH; 
WALLAHU AKBAR; 
WALAHAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL'ALIYYIL 'AZIM
Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar dan tiada daya dan upayaku selain izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung


ZIKIR KEAGUNGAN (3X)

SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI'ADADA KHALQIH; SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI WARIDHO NAFSIH; SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI WAZINA TA'ARSYIH; SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI WAMIDADA KALIMATIH
Maha suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak makhluk ciptaanNya;
Maha suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak redha terhadap diriNya;
Maha suci Allah dan segala puji bagiNya seberat ArasyNya;
Maha suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak kalimahNya.


ZIKIR TASYAHUD (7X)

MASHA ALLAHU KANA WAMALAM YA SHAKLAM YAKUN; WALA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLA HIL 'ALIYYIL 'AZIM
Tuhan kita adalah sama dan tidak ada melainkan jika Dia mahu dan tidak berubah (apa sahaja dikehendakiNya pasti akan berlaku dan apa yang tidak di kehendakiNya pasti tidak akan berlaku). Dan tidak ada daya upaya ku melainkan hanya dengan bantuan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.


ZIKIR MUNAJAT (7X)

ILAHI ANTA MAQSUDI WARIDHO KAMATH LUBI
(Ya Allah) Tuhanku, Engkaulah yang aku 
maksudkan dan redhoMu yang aku harapkan


SELAWAT (11X)

ALLAHUMMA SOLLI'ALA MUHAMMAD WA'ALA ALIHI MUHAMMAD
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhammad dan para keluarga Nabi Muhammad.