Thursday, September 4, 2014

Bahagia Tidak Boleh Dibeli

Jika kekayaan membuat orang bahagia, tentunya Adolt Merckle, orang terkaya dari Jerman, tidak akan menyerahkan badannya ke keretapi...

Jika kemahsyuran membuat orang bahagia, tentunya Micheal Jackson, penyanyi terkenal di USA, tidak akan meminum ubat tidur hingga overdose...


Jika kekuasaan membuat orang bahagia, tentunya G. Vargas, Presiden Brazil, tidak akan menembak jantungnya...


Jika kecantikkan membuat orang bahagia, tentunya Marlyn Monroe, artis cantik dari USA tidak akan meminum alkohol dan ubat depresi hingga overdose...


Jika kesihatan bisa membuat orang bahagia, tentunya Thierry Costa, doktor terkenal dari Perancis tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TV...


Ternyata bahagia atau tidaknya hidup seseorang itu, bukannya ditentukan oleh seberapa kaya, terkenal, cantik, berkuasa, sihat atau berjaya hidupnya...


Tapi yang membuat seseorang itu bahagia adalah dirinya sendiri... mampukah dia mensyukuri semua yang sudah dimilikinya dalam segala hal.


" Kalau bahagia boleh dibeli, pastinya orang-orang kaya akan membeli kebahagian itu...kita tidak akan dapat kebahagian kerana sudah diborong oleh mereka"


"Kalau kebahagian itu ada di suatu tempat, pasti belahan lain dimuka bumi ini akan kosong kerana semua orang akan kesana berkumpul dimana kebahagian itu berada"


Untungnya kebahagian itu berada di dalam hati setiap manusia. Jadi kita tidak perlu membeli atau pergi mencari kebahagian itu.


" Yang kita perlu adalah hati yang bersih dan ikhlas serta fikiran yang jernih, maka kita boleh menciptakan rasa bahagia itu bila-bila, dimana-mana dan dalam apa jua keadaan pun"


Kebahagiaaan itu hanya dimiliki oleh "Orang-Orang Yang Bersyukur"


" JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAILAH APA YANG KAMU MILIKI SAAT INI"


Bersyukur adalah suatu kemampuan yang boleh dipelajari oleh sesiapapun...

Tuesday, September 2, 2014

HANYA ADA DI GAZA!!!

Banyak pihak yang menuduh para pemimpin Hamas berfoya-foya dan bersenang-senang sementara perajuritnya berperang.

Suatu ketika seluruh pasukan Bridget Izzudin Al-Qossam sayap militin Hamas dikumpulkan dalam terowong. Mereka diminta membuka penutup wajah masing-masing (mereka sentiasa memakai penutup wajah ketika keluar ). Ini sesuai dengan arahan Syeikh Ahmad Yasin agar mereka terhindar dari penyakit riya'.


Ketika diminta membuka penutup wajah itu, ada seorang yang menolak untuk melakukannya. Sehingga semua orang dalam pasukan memaksanya untuk membuka penutup wajahnya, akhirnya dia terpaksa membukanya.


Ssetelah penutup wajah terbuka dan terlihat jelas wajahnya, menangislah seluruh pasukan. Ternyata, orang itu adalah Perdana Menteri mereka sendiri, Ismail Haniya. Ya, Perdana Menteri Palestin sekaligus petinggi Hamas itu meninggalkan jabatannya untuk bertempur bersama pasukan dan rakyatnya, tanpa ada yang mengetahuinya. ALLAHU AKHBAR... 

Monday, September 1, 2014

Menguji tahap iman kita

ALLAH datangkan orang memarahi kita, menfitnah kita, membuka aib kita, memaki kita, membebel pada kita, berkata pedas pada kita, mengumpat kita dan pelbagai lagi.
Itu semua tanda Allah sayang pada kita dan tanda Allah sedang menguji tahap iman kita.
Kita hanya perlu SABAR dan terima dengan hati yang REDHA dan jangan sesekali MENGELUH, tapi BERSYUKURLAH...

Wednesday, July 23, 2014

Hak Mengemukakan Pendapat

Soalan:
Apakah Islam menerima pendapat wanita dalam urusan masyarakat atau politik?

Jawapan:

Sesungguhnya ajaran Islam yang sangat bijaksana dan yang telah menyamakan darjat lelaki dan wanita, memberikan hak juga kepada mereka untuk mengajukan pendapat, sebagaimana yang telah diberikan kepada lelaki.

Untuk membuktikan ini baiklah kita renungkan firman Allah s.w.t yang tertera di awal surah Al-Mujadalah;

Sesungguhnya Allah mendengar perkataan wanita yang memajukan gugatan kepadamu tentang suaminya dan mengadukan halnya kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Maha Melihat. Orang-orang yang menzihar isterinya di antara kamu,(menganggap isterinya sebagai ibunya) padahal tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. Orang-orang yang menzihar isteri mereka kemudian mereka hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan, maka mereka wajib memerdekakan seorang hamba sahaya sebelum kedua-dua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada kamu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Sesiapa yang tidak mendapatkan hamba sahaya, maka dia berpuasa dua bulan berturut-turut, sebelum bercampur denga isterinya. Dan sesiapa yang tidak sanggup, memberi makan enam puluh orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya. Demikianlah ketentuan Allah dan bagi orang kafir adalah siksaan yang sangat pedih. 
Al-Mujadalah 1-4

Dalam riwayat hadis Ahmad, yakni yang diterima dari Khuailah  binti Tsa'labah, beliau berkata: " Demi Allah yang telah menurunkan ayat untuk menceritakan keadaan kami dengan Aus bin Shamit. Saya adalah isteri Aus bin Shamit, lelaki yang sudah tua dan kurang baik jiwanya"


"Pada suatu hari dia masuk kerumahku kerana sesuatu hal, dia marah kepadaku sambil berkata " Engkau adalah seperti punggung ibuku". Kemudian dia keluar menemui saudara maranya. Tidak lama kemudian dia datang lagi dan ingin mengauliku. Saya katakan kepadanya, "Demi diri Khuailah yang berada didalam kekuasannya, engkau tidak boleh menyentuhku lagi senhingga Allah dan Rasul menentukan hukumnya, kerana engkau telah mengucapkan kata-kata zihar"


Katanya lagi: "Namun demikian dia semakin dekat kepadaku dan bagaikan ingin menerkamku. Akupun meronta sekuat tenagaku yang akhirnya dia tidak dapat apa yanga di hajatinya. Kemudian saya lari kerumah tetangga. Saya pinjam kain mereka kemudian saya pergi menjumpai Rasulullah s.a.w . Saya duduk dihadapan beliau lalu saya menceritakan keadaan yang terjadi kepada beliau"


Rasulullah s.a.w bersabda, " Wahai Khuailah, anak pakcikmu adalah orang yang sudah tua, sebab itu takutlah pada Allah tentang pergaulanmu dengannya. Saya berkata " demi Allah ya Rasulullah  s.a.w,hatiku tidak tenteram sehingga ayat Al-Quran turun menjelaskan keadaan ini. Rasulullah s.a.w menutupi dirinya dengan selimut sebagaimana yang biasa beliau lakukan. Setelah membuka selimutnya, beliau berkata kepadaku, " Wahai Khuailah, sesungguhnya ayat al-Quran telah turun mencertiakan kamu berdua" sambil beliau membacakan awal surah al-Mujadalah.


Khuailah berkata lagi: " Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, " Suruh dia memerdekakan seorang hamba sahaya" Aku menjawab: " Ya Rasulullah, dia tidak mempunyai hamba untuk dimerdekakan" Baginda s.a.w menjawab, "Suruhlah dia berpuasa 2 bulan berturut-turut, Aku menjawab, " Ya Rasulullah, beliau tidak sanggup mengerjakan puasa dua bulan berturut-turut kerana dia sudah tua" Rasulullah s.a.w bersabda, " Kalau begitu suruh dia memberi makan tamar kepada 60 orang miskin. Aku menjawab," Ya Rasulullah, itupun dia tdak memilikinya".


Mendengar yang demikian Rasulullah s.a.w bersabda, " Biar aku bantu dia mendapatkan tamar. Khuailah pun berkata" Aku pun turut membantunya untuk mencukupkan satu Ausuq ( 60 gantang ). Rasulullah s.a.w bersabda," Betul dan baik sikapmu itu". Bersedekahlah dengan tamar ini untuknya dan kemudian suruhlah anak pakcikmu berbuat baik"








Kisah Nabi Adam A.S

Setelah Allah menciptakan  bumi dengan gunung – ganangnya, laut – lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan, menciptakan malaikat-malaikatnya – ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah, menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya, maka tibalah kehendak Allah swt untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi, memeliharanya, menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelolakan kekayaan yang terpendam didalamnya dan berkembang biak turun temurun, waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.