Wednesday, October 28, 2015

Surah At-Taghaabun ( Loss & Gain ) verse 11

11. Tidak ada kesusahan ( atau bala bencana ) yang menimpa ( seseorang ) melainkan dengan izin Allah, Allah akan memimpin hatinya ( untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar ) dan ( ingatlah ) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

12. Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasululah; maka kalau kamu berpaling ( enggan taat, kamu yang akan menderita balasannya yang buruk ) kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan ( perintah-perintah ) dengan jelas nyata.

13. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.

14. Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan ( mereka ) serta mengampunkan kesalahan mereka  ( maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu ) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

15. Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan disisi Allah jualah pahala yang besar.

16. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah ( akan pengajaran-pengajaranNya ) serta taatlah ( akan perintah-perintahNya ) dan belanjalah harta kamu ( serta buatlah ) kebajikan untuk diri kamu. Dan ( ingatlah ) sesiapa yang menjaga dan memelihara dirinya daripada di pengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

17. Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik ( ikhlas ) nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar ( untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat )

18. Dialah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, ( dan Dialah jua ) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Sila rujuk ayat ini =  Surah At-Taghaabun
  

Monday, October 26, 2015

SELAGI MANA URUSAN DUNIA...

Selagi mana urusan dunia...ianya bukan masalah BESAR!!

Jangan bersedih dengan urusan dunia.
Seorang lelaki yang sedang dirundung kesedihan datang menemui Saidina Ali bin Abu Talib.
Ia pun berkata wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu kerana aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.

Saidina Ali  menjawab, aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah.

Lelaki itu berkata, ya, tanyakanlah ia.

Apakah engkau datang kedunia bersama dengan masalah-masalah ini? Kata Saidina Ali bin Abu Talib.

Tentu tidak, katanya.

Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini? Tanya Saidina Ali bin Abu Talib

Tidak juga,jawabnya.

Lalu mengapa engkau harus bersedih atas apa yang tidak engkau bawa saat datang dan tidak mengikutmu saat kau pergi?

Seharusnya hal ini tidak membuatkan engkau bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia...

Jadikanlah pandanganmu kelangit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau akan mendapat apa yang kau inginkan.

TERSENYUMLAH KERANA REZEKIMU TELAH DIBAHAGI DAN DISUSUN OLEH ALLAH DAN URUSAN HIDUPMU TELAHPUN DIATUR OLEH YANG MAHA PENCIPTA

Urusan dunia tak layak membuatmu bersedih semacam ini kerana semuanya ada ditangan yang Maha Hidup dan Maha Mengatur

Kemudian Saidina Ali bin Abu Talib meneruskan ungkapannya.

Seorang mukmin hidup dalam dua hal, iaitu kesulitan dan kemudahan. Kedua-dua adalah nikmat jika ia disedari.

Disebalik kemudahan ada rasa bersyukur.
Sementara Allah berfirman
"Allah memberi balasan bagi orang yang bersyukur - Surah Ali Imran 144

Dan disebalik kesulitan ada kesabaran.
Allah berfirman:
"Hanya orang yang bersabar yang disempurnakan pahala tanpa batasan" - Surah Az-Zumar 10

Bagi orang mukmin kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk menabung pahala dan hadiah dari Allah SWT. lalu mengapa masih bersedih?

Jangan selalu mengeluh..."Ohhh masalahku begitu besar". Tapi katakanlah pada masalah itu, sesungguhnya aku punya Allah yang Maha Besar...

Semoga menjadi pedoman untuk kita didalam mengharungi cabaran hidup di dunia ini.

Hanya kepada Allah saja aku menyerahkan urusan hidup ini...
dan hanya kepada Allah sahaja tempat aku bergantung harap dan memohon pertolongan - Surah Al Fatihah 5