Monday, November 9, 2015

Solat Malam

Nabi pernah ditanya tentang...
" Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?" Beliau menjawab dengan tegas. Solat malam!

Sahabat Nabi, Saidina Umar pernah menyatakannya seperti berikut:
Sesiapa mengerjakan solat malam, ( tahajjud ) dengan khusyuk, nescaya di anugerahkan Allah s.w.t sembilan perkara.

  • 5 perkara di dunia
  • 4 perkara di akhirat
Dan salah satunya adalah  "dijauhkan daripada segala penyakit"

5 Perkara di dunia
  1. Dijauhkan dari segala penyakit
  2. Terzahir kesan takwa di wajahnya
  3. Dikasihi seluruh orang beriman dan manusia
  4. Kata-katanya mengandungi hikmah
  5. Di kurniakan kekuatan dan rezeki yang halal dan berkat
4 Perkara di akhirat
  1. Bangkit dari kubur dengan wajah berseri-seri
  2. Hisab dimudahkan
  3. Melalui sirat seperti kilat
  4. Buku amalan diterima melalui tangan kanan
Wallahua'alam

Wednesday, November 4, 2015

Makna Bacaan Dalam Solat

Doa Iftitah
Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan yang suci lagi berserah diri, dan aku bukanlah dari golongan orang-orang yang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian aku diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian alam
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan mereka yang Engkau berikan nikmat
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Amin
Kabulkanlah permohonan kami, ya Allah!

Rukuk
Maha suci Tuhan yang Maha Agung

Ikhtidal
Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, Untuk-Mu lah segala pujian.

Sujud
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi

Duduk Antara Dua Sujud
Tuhanku ampunilah bagiku dan rahmatilah aku dan cukupkanlah aku dan angkatlah darjatku dan berilah aku rezeki dan berilah petunjuk bagiku dan sihatkanlah aku dan ampunilah akan aku

Tahiyat Awal
Segala kehormatan, segala keberkatan, segala doa ( sembahyang ) segala kebaikkan itu adalah kepunyaan Allah. Sejahteralah engkau wahai Nabi, begitu juga rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Sejahteralah kami dan hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan Selain Allah. Begitu juga aku mengaku bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh Allah. Ya Tuhan kami selawatkanlah keatas Nabi Muhammad

Tahiyat Akhir
Segala kehormatan, segala keberkatan, segala doa ( sembahyang ) segala kebaikkan itu adalah kepunyaan Allah. Sejahteralah engkau wahai Nabi, begitu juga rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Sejahteralah kami dan hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan Selain Allah. Begitu juga aku mengaku bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan atas Penghulu kami Muhammad dan seluruh keluarga Penghulu kami Muhammad; sebagaimana yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan seluruh keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan seluruh keluarga Muhammad sebagaimana Engkau berkati Ibrahim dan seluruh keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanyalah Engkau sahajalah yang paling terpuji dan yang paling mulia.

Beri Salam
Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.








Tuesday, November 3, 2015

Surah Al-Hijr ( The Rock ) Verse 1

1. Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab ( yang lengkap sempurna ) dan Al Quran yang memberi penjelasan

2. Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam

3. Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan ( daripada bertaubat dan insaf ) kemudian mereka akan mengetahui kelak ( bencana perbuatan mereka )

4. Dan tiadalah Kami binasakan ( penduduk ) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum

5. Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.

6. Dan mereka yang ingkar berkata ( kepada Nabi Muhammad ) "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila"

7. "Sepatutnya engkau membawakan Malaikat kepada kami ( untuk menjadi saksi kerasulanmu ), jika betul engkau dari orang-orang yang benar"

8. Tiadalah Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan pada ketika itu mereka ( yang ingkar ) tidak akan diberi tempoh lagi.

9. Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya

10. Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu ( wahai Muhammad ), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.

11. Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.

12. (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu di masuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul ) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa ( yang menentangmu )

13. Mereka tidak percaya kepada Al Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu ( mendustakan Rasul-rasulnya )

Sila rujuk ayat ini : Surah Al-Hijr




Wednesday, October 28, 2015

Surah At-Taghaabun ( Loss & Gain ) verse 11

11. Tidak ada kesusahan ( atau bala bencana ) yang menimpa ( seseorang ) melainkan dengan izin Allah, Allah akan memimpin hatinya ( untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar ) dan ( ingatlah ) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

12. Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasululah; maka kalau kamu berpaling ( enggan taat, kamu yang akan menderita balasannya yang buruk ) kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan ( perintah-perintah ) dengan jelas nyata.

13. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.

14. Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan ( mereka ) serta mengampunkan kesalahan mereka  ( maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu ) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

15. Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan disisi Allah jualah pahala yang besar.

16. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah ( akan pengajaran-pengajaranNya ) serta taatlah ( akan perintah-perintahNya ) dan belanjalah harta kamu ( serta buatlah ) kebajikan untuk diri kamu. Dan ( ingatlah ) sesiapa yang menjaga dan memelihara dirinya daripada di pengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

17. Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik ( ikhlas ) nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar ( untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat )

18. Dialah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, ( dan Dialah jua ) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Sila rujuk ayat ini =  Surah At-Taghaabun
  

Monday, October 26, 2015

SELAGI MANA URUSAN DUNIA...

Selagi mana urusan dunia...ianya bukan masalah BESAR!!

Jangan bersedih dengan urusan dunia.
Seorang lelaki yang sedang dirundung kesedihan datang menemui Saidina Ali bin Abu Talib.
Ia pun berkata wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu kerana aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.

Saidina Ali  menjawab, aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah.

Lelaki itu berkata, ya, tanyakanlah ia.

Apakah engkau datang kedunia bersama dengan masalah-masalah ini? Kata Saidina Ali bin Abu Talib.

Tentu tidak, katanya.

Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini? Tanya Saidina Ali bin Abu Talib

Tidak juga,jawabnya.

Lalu mengapa engkau harus bersedih atas apa yang tidak engkau bawa saat datang dan tidak mengikutmu saat kau pergi?

Seharusnya hal ini tidak membuatkan engkau bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia...

Jadikanlah pandanganmu kelangit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau akan mendapat apa yang kau inginkan.

TERSENYUMLAH KERANA REZEKIMU TELAH DIBAHAGI DAN DISUSUN OLEH ALLAH DAN URUSAN HIDUPMU TELAHPUN DIATUR OLEH YANG MAHA PENCIPTA

Urusan dunia tak layak membuatmu bersedih semacam ini kerana semuanya ada ditangan yang Maha Hidup dan Maha Mengatur

Kemudian Saidina Ali bin Abu Talib meneruskan ungkapannya.

Seorang mukmin hidup dalam dua hal, iaitu kesulitan dan kemudahan. Kedua-dua adalah nikmat jika ia disedari.

Disebalik kemudahan ada rasa bersyukur.
Sementara Allah berfirman
"Allah memberi balasan bagi orang yang bersyukur - Surah Ali Imran 144

Dan disebalik kesulitan ada kesabaran.
Allah berfirman:
"Hanya orang yang bersabar yang disempurnakan pahala tanpa batasan" - Surah Az-Zumar 10

Bagi orang mukmin kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk menabung pahala dan hadiah dari Allah SWT. lalu mengapa masih bersedih?

Jangan selalu mengeluh..."Ohhh masalahku begitu besar". Tapi katakanlah pada masalah itu, sesungguhnya aku punya Allah yang Maha Besar...

Semoga menjadi pedoman untuk kita didalam mengharungi cabaran hidup di dunia ini.

Hanya kepada Allah saja aku menyerahkan urusan hidup ini...
dan hanya kepada Allah sahaja tempat aku bergantung harap dan memohon pertolongan - Surah Al Fatihah 5

Wednesday, April 22, 2015

Peringatan Untuk Semua Umat Islam

Mayat orang Islam yang tak sembahyang pada 1000 tahun dahulu masih diseksa sehingga kini. Anda percaya tak?
Allahuakhbar... Satu waktu kita tinggalkan solat bersamaan 8000 tahun seksaan neraka. Jika sehari 5 waktu tak solat? 5 x 8000 = 40000 tahun.
Subhanallah... ringan-ringankanlah tangan kongsikan perkara ini. Dapat pahala mengingatkan saudara Islam yang lain.

Malaikat maut datang melawat kita 70 kali setiap hari. Bila-bila masa saja malaikat maut boleh cabut nyawa kita. Sebarkanlah supaya umat Islam tahu!

Kata seorang ustaz: HARI KIAMAT BERLAKU BILAMANA SUDAH TIADA LAGI UMAT YANG MENYEBUT ALLAH DAN MENGINGATINYA...SEBARKANLAH, IANYA DIKIRA SEDEKAH..

Al Quran akan musnah, Kaabah akan rata dengan tanah, sangkakala akan ditiup 2 kali. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda, " Barang siapa yang mengingati ini kepada orang lain , akan ku buatkan tempat syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Malam Pertama- Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bahagian perut dan kemaluan... Subhanallah, perut dan kemaluan adalah 2 hal yang paling penting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia.
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman...setelah pelbagai alat solek dan alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna sahaja.

Malam Kedua - Anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati dan paru-paru akan mula membusuk...

Malam Ketiga - Anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk...

Setelah seminggu - Wajah dan mata mula membengkak...

Setelah 10 hari - Tetap terjadi pembusukan pada anggota-anggota tubuh

Setelah 2 minggu - Rambut mulai gugur... lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat mulai menutup seluruh tubuh...

Setelah 6 bulan - Semua anggota telah tiada, yang tinggal hanya tulang rangka sahaja..

Setelah 25 tahun - Rangka tubuh akan berubah menjadi semacam biji dan didalam biji tersebut, anda akan menemui satu tulang yang sangat kecil yang dipanggil ajbubz dzanab (tulang ekor)
dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah swt pada hari Kiamat...

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah swt, inilah tubuh yang kita jaga selama ini... inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya..
Oleh kerana itu, jangan biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan yang sia-sia.

Janji Allah adalah benar...
Ya Allah, tetapkanlah hati kami keatas agama-Mu
Ya Allah jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman Syurga dan janganlah jadikan ia sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka... Amin

Aku berdoa -
Ya Allah muliakanlah diriku dan orang yang menghantar pesanan ini
Lapangkanlah hati ku dan hatinya
Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya
Luaskanlah rezekiku dan rezeki keluarganya seluas engkau ciptakan
Mudahkanlah segala urusanku dan urusannya
Kabulkanlah cita-cita ku dan cita-citanya
Jauhkanlah kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkanlah kami dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahku dan amal ibadahnya
Dan kelak jadikanlah diriku dan dirinya sebagai penghuni syurga-Mu...

Nasihat kubur -
Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan tahajud
Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan silaturahim
Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan bacaan Al Quran
Aku adalah tempatnya binatang-binatang paling menjijikan maka racunilah ia dengan amalan sedekah
Aku yang menyepitmu sehingga hancur bila mana tidak solat, maka bebaskanlah sempitan itu dengan solat
Aku adalah tempat untuk merendam dengan cairan yang amat menyakitkanmu, bebaskanlah rendaman itu dengan puasa
Aku adalah tempat Munkar dan Nangkir bertanya, maka siapkanlah jawapanmu itu dengan perbanyak mengucapkan kalimah " LAILAHAILALLAH"

Saturday, April 11, 2015

40 Pengajaran Yang Perlu Diikuti ... Dari Rasulullah S.A.W


  1. menahan diri daripada tidur antara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya
  2. menghindarkan diri mendekati orang mempunyai bau yang kurang menyenangkan
  3. jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur
  4. jangan makan dan minum menggunakan tangan kiri
  5. jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
  6. jangan mematah jari-jari anda
  7. periksa kasut anda sebelum memakainya
  8. jangan mendongak ketika sedang solat
  9. jangan meludah dalam tandas
  10. jangan membersih gigi anda dengan arang
  11. duduk ketika sedang memakai seluar / kain
  12. jangan memecahkan benda yang keras menggunakan gigi anda
  13. jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya
  14. jangan mencari kesalahan orang lain
  15. jangan bercakap antara waktu azan dan iqamat
  16. jangan bercakap dalam tandas
  17. jangan berkata dongeng ( palsu ) tentang rakan anda.
  18. jangan menggangu ketenteraman rakan anda
  19. jangan memandang dengan secara kerap apabila sedang berjalan
  20. jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan
  21. jangan mencurigai tentang rakan anda
  22. jangan menipu sepanjang masa
  23. jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan
  24. berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan
  25. hindarkan berjalan sendirian
  26. jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk dulu dengan yang arif
  27. jangan bangga riak dengan diri sendiri
  28. jangan mencela makanan anda.
  29. jangan bermegah dan menyombong diri
  30. jangan menghalau pengemis
  31. layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik
  32. sabar ketika dalam kesusahan
  33. membantu dengan tujuan yang baik.
  34. muhasabah diri dan bertaubat
  35. berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
  36. berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini...
  37. jangan tidur berlebih-lebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
  38. bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari - istighfar
  39. jangan makan dalam gelap
  40. jangan bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan.


Sebarkan pada yang lain, untuk mengingati mereka. Semoga Allah merahmati kamu! Amin

Peringatan Untuk Bakal Pengantin

Soalan:
Tolong terangkan apakah perkara yang DIBENARKAN dan DILARANG di dalam adat perkahwinan orang melayu  seperti

  • bersanding
  • makan beradab
  • sireh junjung
  • tepung tawar
  • berinai
  • dan sebagainya


Ustaz Azhar Idrus menjawab:

Diantara adat-adat di dalam  perkahwinan orang melayu adalah 
bersanding - yang salah itu adalah apabila 

  • pengantin perempuan dedah aurat
  • pakaian ketat
  • dalam solekan dan perhiasaan
  • bermegah-megah
  • tinggal solat takut hilang make-up padahal tinggal solat 1 waktu akan diseksa 6000 tahun dalam api neraka.


Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba sederhana dan disaksikan oleh golongan wanita sahaja dan ahli keluarga saja dan jangan sampai melanggar batas syarak.


Kalau dulu pengantin perempuan di solek oleh mak andam, tapi sekarang disolek oleh maknyah andam! Ini haram sebab dia adalah lelaki, cuma lenggang lenggoknya saja nampak lembut.


Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.


Sireh junjung adalah adat orang hindu. Tidak dibenarkan kecuali pengantin itu adalah memang jenis makan sireh


tabur beras kunyit ini juga adalah adat hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam


Pasang lilin juga adat agama lain termasuk agama Hindu dan Majusi. Boleh guna lilin jika lampu di rumah terpadam.


Tepung tawar adalah membazir, kan lebih baik dibuat cekodok bagi makan pada pengantin.


Renjis air mawar boleh kerana bertujuan untuk wangi tapi jika pengantin jenis tak solat jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang.


Bersilat depan pengantin boleh, tapi jikalau pengantin jenis tak solat jangan...bersilat tapi kasi dia flying kick terus!


Berinai dijari adalah haram bagi pengantin lelaki kerana inai hanya hiasan untuk wanita sahaja.

Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin
Baik, kalau begitu pengantin lelaki bolehlah pakai bra sebab kahwin punya pasal!

Bagi pengantin perempuan pula, janganlah pakai inai berlebihan sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti tatu pulak.


Berlebih-lebihan juga haram hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.


Adat batal air sembahyang 


  • tahun 80 an cium tangan
  • tahun 90an cium pipi
  • tapi dah ada sekarang cium mulut terus depan tok imam, dah jadi macam orang kristian


Jangan jadi melampau-lampau macam ni. 


Pakai baju gaun labuh-labuh ada 2 orang budak pegang belakang dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut.


Ini dah ikut adat orang kristian. Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan.


Tinggalkan adat-adat bida'ah dan kembali kepada sunah. Itulah lebih kurang panduan untuk kita bersama.


Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kisah, cuma kita kena ingat, kita kena jawab soalan-soalan dalam kubur nanti...


Ada satu lagi bagi yang bakal berkahwin, jika hari perkahwinan si suami membenarkan isterinya memakai tudung letak dalam baju, maka si suami telah menanggung dosa si isteri, dan si suami telah dikira dayus...


Pemakaian tudung sebegini adalah menjadi kebiasaan wanita pada akhir zaman. Marilah sama-sama meminta bakal isteri memakai tudung yang mengikut syariat...


**Sampaikanlah walaupun satu ayat** 

Wednesday, April 8, 2015

Amalan Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita dapati amalan kita terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik

Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian ( malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya ) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah saw, dimana Rasulullah saw telah menganjurkan jiran tetangga memasakkan makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan beban dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakakah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan si mati yang belum di bahagikan kepada yang berhak menurut Islam? Bagaimana dengan tahlil itu sendiri, adakah ianya anjuran Islam?


Kalau ke kenduri kahwin, orang kerap salam berisi. Kalau tak ada wang yang nak dikepitkan dalam tangan, maka seganlah dia nak pergi ke kenduri tersebut. Tapi kalau pergi menziarahi orang mati, tak segan pula bersalam tanpa tangan berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita harus memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak mengapa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik dan kemas dan segak tampan tetapi bila mengadap Allah swt di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini perbuatan yang terbalik.


Kalau menjadi tetamu dirumah orang dan di beri jamuan, kita berasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidangkan supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau bersolat sunat dirumah sangat malas. Sedangkan sebaik-baik solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti dianjurkan oleh Rasulullah saw untuk mengelakan rasa riak.


Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati  perbelanjaan di bulan puasa adalah tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakkan orang akan mengadakan kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya selamat dari bermusafir, maka kenduri dibuat. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain??


Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak kita tak boleh baca al Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca al Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup bayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok guru al Quran nak bayar rm15.00  sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak kita tak dapat baca al Quran atau bersolat dari tak lulus peperiksaan.


Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi ke rumah Allah, tak hujan tak panas tak ribut pun tetap tak datang ke masjid, sedangkan itu peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk dirumah, Masyallah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.


Kita cukup teruja untuk forward sms atau email dalam bentuk jokes, gossip artis kepada kawan-kawan. Malahan kebanyakkan email, sms tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah orang lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward email, sms peringatan sebegini kepada kawan-kawan kita? 


Cukup dengan contoh-contoh diatas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang menciptakan kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.


Sabda Rasullullah saw. " Sampaikan dariku walaupun satu ayat" -  Riwayat Bukhari 


Kisah Teladan Dari Sebiji Kurma

Selesai menunaikan ibadah haji , Ibrahim bin Adham berniat untuk berziarah ke Masjid Aqsa. Sebagai bekal perjalanan, dia membeli kurma dari pedagang tua yang berniaga berhampiran dengan Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terjatuh dari meja berhampiran dengan timbangan.

Menyangka kurma itu sebahagian dari yang dia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.


Setelah itu dia terus berangkat menuju ke Al Aqsa. Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Aqsa. Seperti biasa dia suka memilih tempat beribadah dalam ruangan dibawah Kubah Sakhra. Dia bersolat dan berdoa dengan khusyuk sekali.Tiba-tiba dia mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya...


Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak yang doanya selalu dikabulkan oleh Allah swt, kata malaikat yang satu lagi.


Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana empat bulan lepas dia telah memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua berhampiran Masjidil Haram, jawab malaikat yang satu lagi...


Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia berasa cemas sekali, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh Allah swt gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.


Astagfirullahal'adzhim Ibrahim beristighfar. Terus dia berkemas dan berangkat menuju ke Mekah untuk menemui pedagang tua menjual kurma itu, tetapi dia tidak menemui pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. Empat bulan lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. Dimanakah dia sekarang? Tanya Ibrahim.


Oh, beliau sudah meningal dunia sebulan yang lalu, sekarang saya pula meneruskan pekerjaan berdagang kurma, jawab anak muda tersebut.


Innalillahi wa innalilahi roji'un, kalau begitu siapakah saya boleh minta untuk penghalalan? Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya. Anak muda itu mendengar dengan penuh minat.


Nah, begitulah, kata Ibrahim setelah bercerita.

Saudara sebagai ahli waris orang tua itu, bolehkah saudara menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur saya makan tanpa izinnnya?

Bagi saya tiada masalah. In Sya Allah saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang berjumlah 11 orang. Saya tak berani menghalalkan bagi pihak mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.


Tolong beri alamat saudara-saudaramu, biar saya menemui mereka satu persatu.


Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui saudara-saudara anak muda itu. Biarpun berjauhan, akhirnya urusan itu selesai juga. Mereka semua bersetuju menghalalkan sebutir kurma milik ayahnya yang dimakan oleh Ibrahim dengan tidak sengaja.


Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham kembali berada dibawah Kubah Sakhra. Tiba-tiba dia mendengar lagi bercakap-cakap. Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya ditolak gara-gara makan sebuitr kurma milik orang lain.


Oh, tidak! Sekarang doanya sudah dimakbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang beliau telah bebas.


Moga kisah dan tazkirah ini memberi manafaat yang baik khususnya buat penulis dan pembaca yang budiman semua. Hindarilah diri kita dari mengambil hak orang lain secara bathil walau sekecil barang atau harta.


Ya Allah ampunilah dosa kami semua....

Amin...

Sifat Sombong

Sombong adalah penyakit hati yang mana akan menjerumuskan pelakunya ke neraka jahanam.
Tidak akan masuk syurga barang siapa yang ada sifat sombong dalam harinya walaupun sebesar zarah.


  • Merendahkan orang lain itu sombong
  • Mentertawakan orang atas kelemahannya juga sombong
  • Menunjuk-nunjuk kelebihan itu sombong
  • Berlumba-lumba menunjukkan kekayaan pun sombong
  • Memperbodohkan orang lain itu sombong
  • Mementingkan diri sendiri juga sombong.
  • Berbangga dengan kecantikkan itu sombong
  • Bersangka buruk itu sombong
  • Berbangga dengan kepandaian sifat sombong
  • Merasa diri hebat juga sombong
  • Sentiasa berasa diri betul itu juga sombong
  • Tidak boleh ditegur adalah sombong
  • Kacang lupakan kulit...sangatlah sombong


Semoga Allah swt akan memelihara kita dari memakai sifat-sifat tercela ini..

Amin...

Cerita Tentang Ibu

Seorang suami mengajak isterinya makan seperti biasa..
"Jom sayang kita pergi makan kat satu tempat tu, sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa pula"
Isterinya pada mulanya diam dan tiba berkata-kata;

Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan dengan abang...

Suaminya terkejut dan bertanya siapa wanita tersebut.
Isterinya menjawab, ajaklah mak abang.
Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengan mak abang.
Saya sudah selalu abang layan setiap hari tak pernah terlupa...
Abang layanlah mak abang pula

Suaminya terkejut bercampur sedih dan amat terharu.

Dia telefon ibunya dan mengajak ibunya keluar.
Ibunya terkejut tapi sangat gembira.
Ibunya inginkan kepastian apakah benar mereka berdua sahaja...
Si anak mengiyakan.
Dia pun membawa ibunya makan bersama-sama ditempat romantik dan istimewa itu. Mereka berbual panjang.

Ibunya tersenyum puas dan sangat gembira dapat makan serta bercakap-cakap panjang dengan anaknya...

Si anak bertanya kepada ibunya. Okey ke mak? Mak seronok ke?
Jawab ibunya.. Ya anakku...susah -susah bawa mak kesini.
Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.
Nanti saya bawa mak lagi ye?
Jawab ibunya...
Nanti mak pula yang akan belanja dan ajak kamu kesini...
Setelah itu mereka pun pulang.

Sejak itu si anak terlalu sibuk dengan kerjayanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari...

Tak sempat luangkan masa untuk telefon ibunya yang keseorangan.
Jumpa jarang-jarang sekali...
Satu hari dalam kesibukkan dia terkejut mendengar ibunya sakit. Dia kelam kabut meninggalkan kerja kerana dia masih sayang ibunya
Apabila sampai kehospital ibunya telah diambil Tuhannya (meninggal dunia)
Dia sangat sedih dan menyesal kerana mengabaikan ibunya.

Tak berapa lama kemudian dia mendapat kad dari tempat makan istimewa itu.

Tempat makan untuk dia dan isterinya dan sudah dibayar...
Mereka pun makan.
Masa makan dia dapat sekeping nota daripada orang yang menempah tempat itu.
Rupa-ruapanya tempahan dibuat oleh arwah ibunya.
Kata ibunya...
Terima kasih gembirakan mak, walaupun hanya sekali luangkan masa dengan mak. Mak nak balas dan tunaikan janji mak.
Mak dah tempah khas buat kamu da isteri kamu. Selamat bergembira wahai anakku..
Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak

Itulah IBU...

Tak terbayar pengorbanan mak.
Tak perlu layan mak tiap-tiap hari sebab kita sangat-sangat sibuk dengan kehidupan
tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan hati mak, sebelum mak pergi...

Malam hari berdoa dan menangislah pada Allah mohon kebaikan untuk mak...

Kadang-kadang ada orang berasa hebat kerana baru berkhidmat sikit dengan mak.

Baru bagi sedikit sumbangan dengan mak, dah rasa memadai.

Sebenarnya kita belum buat yang terbaik kat mak...
Kita cuma baru nak balas jasa mak...
Itupun tak berbalas sampai bila-bila

Mak tumpangkan kita dalam perutnya selama 9 bulan.

Mak bersabung nyawa nak bagi kita lihat dunia ini.
Mak bagi kita pergi tadika
Mak bagi kita pergi sekolah rendah
Mak bagi kita pergi sekolah menengah
Mak bagi kita belajar di universiti
Mak bagi kita kerja
Mak bagi kita kahwin
Mak bagi kita ada anak
Bukan mak bagi untuk lupakan dia...

Mak mandikan kita dari baru lahir sehingga 6 tahun

Mak tukarkan lampin dari baru lahir sehingga 3 tahun
Mak menyusukan kita sehingga 2 tahun
Mak suap makan kita hingga umur 3 tahun.
Mak siapkan makan minum paling kurang 17 tahun.
Mak basuh baju dan gosok baju kita selama 17 tahun.
Mak dukung 3 tahun
Mak cuci najis 5 tahun.
Mak berdoa buat kita selagi mak bernyawa
Mak sayang kita sehingga ke akhirat... tiada kesudahan...

Kita pula sayang mak, macamana ya...berapa bintang ya mahu diberi??


Jadilah anak yang soleh wahai anak-anak yang masih punyai mak.

Hargailah mak kita
Minta maaf dengan mak...
Buat baik dengan mak...
Cakap elok-elok dengan mak
Jagalah hati mak
Kunjungilah mak...
Berbuallah dengan mak
Hubungilah mak walau sesibuk mana sekalipun
Itupun kalau sempat...

Itupun kalau mak masih bernyawa...

Lakukan tanpa berlengah lagi...
Allah akan bantu anak-anak sekelian di dunia dan akhirat...
AMIN

Bersangka-sangka


  • Ada orang bangga dengan suaminya... akhirnya suami itu curang dengannya
  • Ada orang ada bangga dengan anaknya... akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Tinggal semua di dunia.
  • Ada orang bangga dengan hartanya... akhirnya disamun, diragut, dirompak.
  • Ada orang bangga dengan jawatannya... akhirnya diberhentikan kerja, jadi penggangur.
  • Ada orang bangga dengan kecantikannya... akhirnya kena strok. Habis herot. Hilang kecantikannya.
  • Ada orang bangga dengan ketampanannya... akhirnya mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. Cacat semuanya.
  • Ada orang bangga dengan kepimpinannya... akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar berpecah-belah.
  • Ada orang bangga dengan ilmunya... akhirnya menjadi jahil kerana tak mengamalkan ilmunya itu.


Siapa kita untuk berbangga denga apa yang kita ada semua diatas dunia? Semua itu ALLAH bagi pinjam sementara.

Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tahu akan jadi apa...

Manusia hari ini suka sangka-sangka



  • Ada sangka baik
  • Ada sangka buruk
  • Orang beribadah disangka riak
  • Orang rilek disangka malas
  • Orang berpakaian baru disangka menunjuk
  • Orang berpakaian buruk disangka hina
  • Orang makan banyak disangka pelahap
  • Orang makan sikit disangka diet
  • Orang yang senyum disangka mengejek
  • Orang yang masam disangka merajuk
  • Orang berbincang disangka mengumpat
  • Orang yang diam disangka menyendiri
  • Orang yang menawan disangka menggoda.
  • Orang yang ceria disangka mengada
  • Orang yang bertanya disangka nenyibuk


Hakikatnya...



  • Mana tahu orang yang senyum itu bersedekah
  • Mana tahu orang yang masam itu kerana mengenang dosa.
  • Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
  • Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
  • Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
  • Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya


Justeru...

Sesuatu perkara yang kita lihat...jangan suka bersangka-sangka. Sikap bersangka-sangka akan memusnahkan jiwa. Kerap sangka-sangka mengundang celaka. Jangan terlalu bersangka-sangka. Jauhi sikap bersangka-sangka.

Allah

Beri kita hidup
Cuma seketika
Didunia ini...
Elok kita bermunasabah
Fikir akan akhir hayat
Gerbang akhirat pun...
Hampir tiba
Inilah hakikat hidup
Janji Allah itu pasti
Orang muda dan tua
Pasti merasa mati
Qualiti iman
Tapi...jika gagal...
Untuk mereka adalah neraka
Visi kita adalah akhirat
Walaupun dunia berada dihadapan kita
X-ray dulu dengan mata hati
Yang pasti semua akan tinggal...
Zalimnya jika kita tak beriman dan bertaqwa

Monday, March 2, 2015

Zikir al-Zahra

Mengikut lembaran sejarah Nabi Muhammad SAW, kita dapati pernah suatu hari Baginda SAW diminta oleh anaknya Fatimah supaya disediakan pembantu untuknya.

Bagi menyelesaikannya Baginda mengajarkannya satu bacaan tasbih yang mulia. Maka, mulai hari itu Fatimah al-Zahra sering mengalunkan tasbih itu sebagai zikir waktu bersendirian selain solat. 


Wahai Fatimah, ku berikan kepadamu suatu yang lebih baik buatmu daripada seorang khadam dan dunia berserta seluruh isinya. Iaitu bertakbirlah kepada Allah (Allahu Akhbar) selepas solat 33 kali, bertahmidlah kepada Allah (Alhamdullillah) sebanyak 33 kali, bertasbihlah kepada Allah (Subhanallah) 33 kali dan akhirinya dengan sekali (Laa Ilaaha Illa Allah).


Demikian itu lebih baik bagimu daripada apa yang kamu inginkan dan daripada dunia berserta seluruh isinya. Lalu Fatimah al-Zahra sentiasa membacanya selepas solat.


Setelah kita mengetahui bahawa tasbih ini adalah amalan yang diperturunkan kepada Fatimah, maka wajarlah kita membacanya dan seharusnya kita mengikutinya sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah kepadanya. Inilah yang dinamakan Sunah.

Al Ahzaab 33 : 21


Luqman 31:14


Thursday, February 26, 2015

10 Sifat Mazmumah


  • Banyak makan.
  • Banyak cakap
  • Marah
  • Dengki
  • Kedekut
  • Cintakan pangkat kebesaran
  • Cintakan dunia
  • Membesarkan diri
  • Rasa bangga diri
  • Memperlihatkan amalannya kepada orang lain

Info Solat

Sunat Ab'ad
Maksud Sunat Ab'ad ialah perbuatan atau amalan yang sunat dilakukan ketika solat. Namun sunat ini jika ditinggalkan boleh mengurangkan mutu solat, maka perlu disempurnakan dengan sujud sahwi.

Sunat Hai'ah

Maksud Sunat Hai;ah ialah perbuatan atau amalan sunat selain Sunat Ab'ad. Amalan tersebut jika ditinggalkan tidak mencacatkan solat tetapi kurang cantik. Sekiranya tidak dilakukan tidak perlu kepada sujud sahwi.

Rukun.

Maksud Rukun ialah sesuatu yang asas, jika ditinggalkan salah satu daripadanya tidak sah solat itu. Solat mesti didirikan semula. Rukun terdapat dua; Rukun Qauli dan Rukukn Fi'li. Rukun Qauli ialah amalan yang telibatkan bacaan sahaja. Rukuk Fi'li ialah amalan yang melibatkan kerja amali anggota tubuh seseorang.

Daripada Tanah Kembali ke Tanah

Mungkin ramai yang berasa gerun apabila bercakap soal mati. Malah, kalau boleh jangan sebut soal mati dalam perbualan. Soalnya, siapa yang boleh atau mengelak dirinya daripada mati? Ataupun tahu bila dia akan mati? Jadi, samada suka mati atau tidak suka mati tetap akan datang.

Bayangkan setelah mati seseorang, jenazahnya akan dimasukkan kedalam kubur. Lantai dan dindingnya ialah tanah, malah atapnya juga tanah. Waktu terlantar seorang diri di dalam 'bilik khas' tersebut, yang pasti tiada teman untuk bergurau. Sahabat handai, kawan taulan, semuanya sudah pulang kerumah masing-masing.


Alangkah beruntungnya mereka yang sudah bersedia  untuk kembali ketanah, lalu membuat persiapan awal untuk tinggal bersendirian disana. Tentu mereka sudah tidak kekok kerana sudah bersedia untuk menghadapi apa jua ujian dan risikonya.


Mengapa ketanah manusia jua akhirnya? Mungkin ramai yang menjawab, supaya tidak busuk bagi memberi keselesaan manusia yang masih hidup. Tetapi jawapan yang paling tepat ialah kerana asal ciptaan manusia itu sendiri daripada unsur tanah. Oleh sebab itu, selayaknya kita semua dikembalikan ke sana...

Asal Kejadian Manusia Daripada Tanah

Asal kejadian manusia daripada tanah yang hina. Tanah yang dipijak-pijak, dihenjak-henjak dengan kaki. Bahkan manusia sendiri sanggup berbelanja mahal untuk membeli kasut bagi mengelakkan kaki terpalit tanah. 
Namun, itulah hakikat kejadian yang Allah telah takdirkan kepada makhluk yang bernama manusia. Sehingga Iblis sendiri memperlekehkan akan kejadian ini dengan mengatakan dia lebih mulia kerana diciptakan dengan api.
Takdir Allah jualah yang menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling mulia seperti firman-NYA:
" Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam. Dan Kami telah mengangkut mereka ( dengan pelbagai kenderaan ) di daratan dan lautan. Kami juga telah memberikan rezeki kepada mereka daripada perkara-perkara yang baik serta Kami telah memberi kelebihan kepada mereka mengatasi makhluk-makhluk lain yang telah kami ciptakan " - Surah al-Ishrak 70.
Justeru janganlah kita cemari kemuliaan kita dengan sifat keangkuhan. Kelak, Allah akan hinakan kita sebagaimana hinanya sang Iblis, Namrud dan Firaun.
Sekiranya ada sekelumit keangkuhan berputik dalam hati kita, ingatlah kita ini hanya daripada tanah...

Al Qalam 68 : 7


Al-Muzzammil 73:6