Thursday, February 26, 2015

10 Sifat Mazmumah


  • Banyak makan.
  • Banyak cakap
  • Marah
  • Dengki
  • Kedekut
  • Cintakan pangkat kebesaran
  • Cintakan dunia
  • Membesarkan diri
  • Rasa bangga diri
  • Memperlihatkan amalannya kepada orang lain

Info Solat

Sunat Ab'ad
Maksud Sunat Ab'ad ialah perbuatan atau amalan yang sunat dilakukan ketika solat. Namun sunat ini jika ditinggalkan boleh mengurangkan mutu solat, maka perlu disempurnakan dengan sujud sahwi.

Sunat Hai'ah

Maksud Sunat Hai;ah ialah perbuatan atau amalan sunat selain Sunat Ab'ad. Amalan tersebut jika ditinggalkan tidak mencacatkan solat tetapi kurang cantik. Sekiranya tidak dilakukan tidak perlu kepada sujud sahwi.

Rukun.

Maksud Rukun ialah sesuatu yang asas, jika ditinggalkan salah satu daripadanya tidak sah solat itu. Solat mesti didirikan semula. Rukun terdapat dua; Rukun Qauli dan Rukukn Fi'li. Rukun Qauli ialah amalan yang telibatkan bacaan sahaja. Rukuk Fi'li ialah amalan yang melibatkan kerja amali anggota tubuh seseorang.

Daripada Tanah Kembali ke Tanah

Mungkin ramai yang berasa gerun apabila bercakap soal mati. Malah, kalau boleh jangan sebut soal mati dalam perbualan. Soalnya, siapa yang boleh atau mengelak dirinya daripada mati? Ataupun tahu bila dia akan mati? Jadi, samada suka mati atau tidak suka mati tetap akan datang.

Bayangkan setelah mati seseorang, jenazahnya akan dimasukkan kedalam kubur. Lantai dan dindingnya ialah tanah, malah atapnya juga tanah. Waktu terlantar seorang diri di dalam 'bilik khas' tersebut, yang pasti tiada teman untuk bergurau. Sahabat handai, kawan taulan, semuanya sudah pulang kerumah masing-masing.


Alangkah beruntungnya mereka yang sudah bersedia  untuk kembali ketanah, lalu membuat persiapan awal untuk tinggal bersendirian disana. Tentu mereka sudah tidak kekok kerana sudah bersedia untuk menghadapi apa jua ujian dan risikonya.


Mengapa ketanah manusia jua akhirnya? Mungkin ramai yang menjawab, supaya tidak busuk bagi memberi keselesaan manusia yang masih hidup. Tetapi jawapan yang paling tepat ialah kerana asal ciptaan manusia itu sendiri daripada unsur tanah. Oleh sebab itu, selayaknya kita semua dikembalikan ke sana...

Asal Kejadian Manusia Daripada Tanah

Asal kejadian manusia daripada tanah yang hina. Tanah yang dipijak-pijak, dihenjak-henjak dengan kaki. Bahkan manusia sendiri sanggup berbelanja mahal untuk membeli kasut bagi mengelakkan kaki terpalit tanah. 
Namun, itulah hakikat kejadian yang Allah telah takdirkan kepada makhluk yang bernama manusia. Sehingga Iblis sendiri memperlekehkan akan kejadian ini dengan mengatakan dia lebih mulia kerana diciptakan dengan api.
Takdir Allah jualah yang menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling mulia seperti firman-NYA:
" Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam. Dan Kami telah mengangkut mereka ( dengan pelbagai kenderaan ) di daratan dan lautan. Kami juga telah memberikan rezeki kepada mereka daripada perkara-perkara yang baik serta Kami telah memberi kelebihan kepada mereka mengatasi makhluk-makhluk lain yang telah kami ciptakan " - Surah al-Ishrak 70.
Justeru janganlah kita cemari kemuliaan kita dengan sifat keangkuhan. Kelak, Allah akan hinakan kita sebagaimana hinanya sang Iblis, Namrud dan Firaun.
Sekiranya ada sekelumit keangkuhan berputik dalam hati kita, ingatlah kita ini hanya daripada tanah...

Al Qalam 68 : 7


Al-Muzzammil 73:6