Thursday, December 22, 2016

Poligami

***TARBIAH SENTAP ***
NASIHAT YANG JARANG-JARANG DIDENGARI DI AKHIR ZAMAN...
*POLIGAMI SUATU YANG SUCI*
Tajuk :  Poligami, Takut Bini, Takwa Islami
*KAUM HAWA TIDAK LAYAK CEMBURU ATAS HAL AGAMA*
Sebenarnya, 'Cemburu' itu hak suami tapi bukan hak isteri, isteri tidak boleh cemburu sekiranya suaminya ingin berpoligami seperti tuntutan sunnah (*hal ketentuan agama*). Isteri hanya boleh sikit cemburu dalam hal hal yang tiada punya pertalian dengan hukum hakam agama.
Poligami adalah hal hukum yang telah dihalalkan Allah SWT. Maka apakah layak seorang 'wanita' berlaku cemburu atas hukum "Ketetapan Allah" ? Beraninya kamu cemburu atas "Hukum Allah?" Wahai kaum hawa, bertakwalah kamu!
*POLIGAMI MELUKAKAN HATI?*
Poligami akan membuat hati isteri sedikit terluka dan 'sakit hati, tetapi kamu (kaum wanita) akan dianggap 'zalim' apabila membiarkan 'wanita' lanjut usia yg lain (andartu) terluka hati bilamana masih tidak mempunyai suami sepertimu?
Siapakah yang lebih 'terluka hati' ? Kamu atau mereka yang 'andartu?'. Kamu yang mendapat 'adik baru' (madu) lebih terluka, atau seorang wanita yang berhajat mempunyai suami tetapi hajat itu tidak kesampaian bilamana kamu menghalangi mereka dari berumahtangga dengan suamimu? Kan itu namanya sebuah kezaliman? Mereka yang andartu itu lebih "terluka hati" dengan gelaran orang "Anak Dara Tua Lanjut Usia!"
Kamu tidak beri mereka menikahi suamimu, tapi bagaimana perasaanmu jika Andartu itu adalah "diri kamu sendiri??" Masa tu barulah kamu pula tergedik gedik nak mencari pasangan dari suami orang atas sebab peluang 'andartu' mendapat yang bujang adalah sangat tipis (pasangan sebaya).
*Wahai kaum Hawa! Janganlah begitu Tamak atas suamimu itu! Mereka bukan milikmu selamanya, dan jika kamu engkar menderhaka atas 'hajat' kehendak suamimu, ingatlah bahawa suamimu itu akan menjadi hak milik para Bidadari di syurga, sedangkan nasibmu dipinggir-pinggir kawah jahanam bilamana kamu menjadi penentang hukum Allah.*
Izinkanlah suami suamimu yang berkemampuan agar mereka berpoligami .. berilah peluang adik adik madumu yang 'masih bujang' merasai 'kebahagiaan' yang telah Allah beri kamu rasai sebelum ini. Janganlah berlaku tamak atas 'barang' yang bukan milikmu selamanya, suamimu itu adalah "pinjaman Allah" yang sementara buatmu.
*POLIGAMI ITU ADALAH JIHAD FISSABILILLAH*
Redha Allah atasmu bilamana kamu membenarkan para suami berjihad berpoligami dijalan Allah! Poligami itu adalah sebuah JIHAD terbesar diakhir zaman, maka bantulah para suamimu untuk jihad memerangi maksiat.
Bilamana ramai wanita lanjut usia dinikahi, demi Allah maksiat umat terhadap Allah di atas mukabumi ini akan merendah dan berkurangan - demi Allah!
*POLIGAMI DIANGGAP BERDOSA?*
Selagi mana Poligami masih dianggap suatu 'dosa' oleh kaum hawa, maka selagi itulah maksiat dari kaum hawa akan terus 'bertebaran' melata di atas bumi Allah ini! Kita dapat 'menyaksikan' "segala" kejahatan kaum hawa itu! Itulah kesannya jika poligami masih dipandang sepi di akhir zaman ini!
Maksiat bertebaran atas umat islam bilamana hukum Allah diremehkan. Hudud ditolak! Poligami ditentang! Kesannya umat umat muslim 'awam' semakin menjadi jahat bilamana Hukum Agama Allah tidak dapat ditegakkan atas umat manusia yang telah hilang 'pedoman' agama yang tulen.
*TIDAK KAWIN KUNCI MAKSIAT KAUM HAWA*
Jika berlaku kemaksiatan atas wanita wanita bujang lanjut usia, maka dosanya akan ditanggung oleh para isteri isteri "penentang" hukum Allah (poligami). Mereka menjadi jahat dengan bermaksiat dengan Allah atas kerana kamu tidak membenarkan para suamimu dinikahi oleh mereka yang masih bujang masak ranum.
*POLIGAMI ITU PENUTUP PINTU ZINA*
Penikahan dan Poligami itu adalah peng'reduce maksiat umat Islam! Kalaulah tidak atas kerana kemaksiatan para hamba hamba Allah yang Islam, nescaya umat manusia tidak diwajibkan untuk bernikah @ poligami. Tapi ia diwajibkan (pada yang 'berhajat') bagi menutup segala pintu-pintu Iblis ke lorong kemaksiatan kepada Allah.
*IBLIS & SYAITAN ANTI POLIGAMI*
Iblis suka ramai wanita wanita tidak berkahwin, maka dengan jalan ini Iblis dan Syaitan mudah menghasud agar kamu @ kaum hawa berbuatan dosa dan noda terhadap Allah SWT. Iblis dan Syaitan itu adalah Penentang No Satu Poligami - Mereka tidak suka umat Islam menikah, maka tertutuplah pintu maksiat terbesar atas para hamba hamba Allah! Ingatlah apa yang berlaku atas Adam & Hawa di syurga? Angkara siapa?
*WANITA LEBIH RAMAI DARI LELAKI 1:40*
Apa yang kamu faham dengan Nisbah angka 40 Wanita Bujang dibandingkan dengan 1 Pria Bujang di tanah melayu ini? Hanya 1 wanita sahaja dari 40 yang layak 'mempunyai' suami ?? .. Maka apa yang akan berlaku dengan 39 wanita lain yang bujang terlajak? Dan dari 39 itu, berapa ramaikah pula yang mampu menjaga & mempertahankan kehormatan diri mereka dari terjebak ke lembah maksiat yang dikutuki Allah?! 樂??
Apakah kamu faham apa yang saya sampaikan ini? Dan apa yang kamu faham tentang nisbah 9 nafsu wanita berbanding dengan 1 akalnya?? Apa kaitannya terlajak 'bujang' dengan nisbah nafsu yang 9 itu? 樂
*POLIGAMI JALAN KELUAR BAGI KRISIS 'ANDARTU'*
Atas kerana itulah POLIGAMI di akhir zaman ini yang mana pada asalnya hukumnya 'sunat'(Sunnah) akan menjadi sunnah yang wajib!
Dengan Poligami itu, kaum Adam (Khalifah Allah) mampu me'reduce kemaksiatan dikalangan kaum hawa (namapun dah "hawa nafsu"), Allah SWT menghalalkan pernikahan dan poligami atas kerana untuk menjauhi para hamba-hamba-Nya dari terjebak kelembah kemaksiatan!! Itulah Kunci utama yang perlu kamu fahami mengapa umat islam perlukan hukum Poligami ini.. ia adalah "Penawar" bagi dosa dan noda umat di akhir zaman. Rasulullah tinggalkan kita 'Penawar' bagi penyakit kemaksiatan di akhir zaman. TAPI MENGAPA KAMU 'MASIH' BUAT-BUAT TIDAK 'FAHAM' TENTANGNYA?
*APA ITU UBAT MAKSIAT DI AKHIR ZAMAN?
Zina dan Onani itu adalah suatu "jenayah" di dalam agama Allah. Ia dikutuk dan dilaknati Allah SWT atas setiap pelakunya. Maka jalan keluarnya adalah pernikahan yang halal dan "POLIGAMI". Jika tiada poligami, maka jumlah wanta bujang terlajak semakin ramai. Peluang mereka mendapat suami semakin 'susut' jika tiadanya hukum Poligami ini.
Rasulullah menikahi lebih dari 4 orang wanita bukan atas kerana Baginda tinggi nafsu (*seperti tuduhan kaum kafir), tetapi Baginda berpoligami dengan isteri isteri yang kematian suaminya (syahid perang) demi meringankan 'beban jiwa' & batin buat para isteri isteri yang 'solehah' yang kehilangan tempat bergantung! Rasulullah SAW berpoligami demi 'menutup' kemaksiatan yang 'terbuka' dihadapan wanita wanita yang tidak mempunyai suami. Hal itulah yang harus kamu fahami.
*UMAT TAMPA PEDOMAN & NASIHAT*
Apa lagi jika kamu berada pada zaman di mana Rasululah SUDAH TIADA dan NABI-NABI PUN SUDAH TIADA INI! Kamu akan hilang pedoman jika mengikut suatu hatimu (*menjadi para penentang Poligami secara "senyap").
*JANGAN JADI PARA ALIM YANG DAYUS*
Suami yang ingin beristeri lagi tetapi Takut pada isterinya, dia mungkin menjadi lelaki dayus di sisi Allah sekalipun dia seorang alim agama, sedangkan seorang alim agama yang tulen tidak akan "Takut" kepada sesiapa selain Allah demi menegakkan hukum-Nya @ Sunnah demi kebaikan umat Islam.
*PENYAKIT 'TAKUT ISTERI'*
Rasulullah SAW sendiri menyatakan 14000 tahun silam akan penyakit-penyakit umat islam diakhir zaman. Salah satunya ; "Penyakit Lemah Iman" dan satu lagi adalah "Penyakit Takut Isteri"(*telinga berdesing - Rasulullah sedang memanggil) .. para suami mengabaikan ibu sendiri atas sebab demi menjaga hati si isteri @ takut bini hinggakan ibu ayah sendiri terabai di kampung halaman.
*NASIHAT TERAKHIR BUAT KAUM HAWA BERIMAN*
Note : Buat kamu Hawa, dengarlah nasihatku ini. Sekalipun kamu tidak suka dimadukan. TETAPI jangan kamu menjadi salah seorang dari para Penentang Poligami. Jadilah seorang muslimah yang mendengar dan taat segala perintah hukum Allah yang diamanahkan ke atasmu.
Sekarang ini terdapatnya sebilangan Ustazah yang menjadi menentang secara "halus" poligami.. Yang sebenar-benarnya, ustazah ni juga 'takut' sekiranya suaminya menambah 'adik baru', maka ditakut takutkan bagi suami yang ingin berpoligami ini. Mereka meremeh remehkan kaum Adam dengan perkataan tajam yang menyakitkan hati.
*Koleksi Ucapan para Ustazah2 di TV :*  Semua ini kata kata yang tidak mendorong ke arah keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
✳"Bila bab kawin, baru nak ikut sunnah?"
✳"Seorang isteripun tak mampu nak tanggung, inikan 2?
✳"Belanja dapurpun minta duit isteri, ada hati nak kawin lagi?"
✳"Wahai kamu Adam, janganlah ikutkan hawa Nafsu"
✳"Poligami itu tidak termasuk sunnah!"
✳"Kerjapun kilang dan sekurity, gaji tak seberapa tapi ada hati nak buka cawangan? Sedar diri tu sikit!" .... (*ermmm.. Nabi kerja apa? Berapa isteri Nabi Wahai ustazah?)
Poligami itu bukanlah hal untuk bersuka suka, melainkan untuk mengelakkan umat dari jatuh ke lembah maksiat selain meramaikan 'umat islam' sebab Rasulullah suka umatnya ramai dan suka umat islam yang mempunyai anak yang ramai.
*NASIHAT BUAT PARA SUAMI YANG BERIMAN :*
Jika kamu berkemampuan kewangannya, dan baik agamanya yang bisa memimpin & membimbing umat, maka apa salahnya jika kamu cuba cuba memasang niat menambah 'adik baru' ... kasihanilah 'mereka-mereka' yang masih tidak mempunyai suami di luar sana.
Jika kamu menutup hati atas Poligami, bermakna kamu telah menutup ruang 'wanita wanita' bujang di luar sana untuk memilikimu dan menumpang kasih sayang daripadamu. Mereka jadi "bujang terlajak" atas kerana kamu Taboo kepada Poligami, padahal ia telah Allah halalkan atas kaum Adam.
Kamu telah ditakut-takutkan dimomokkan agar kamu menjauhi "Poligami" ini kaum hawa, semua itu adalah bisikan bisikan syaitan agar manusia terjebak ke lembah yang dimurkai Allah.
*JADILAH UMAT MUSLIM YANG "TAAT HUKUM"*
"Jika kamu taat perintah Allah & Rasul, maka pandanglah Poligami itu sebagai suatu yang "BAIK" dan "MULIA" tapi bukan suatu yang harus ditakuti dan dijauhi.
*SEKOLAH TAKWA BAGI KAUM HAWA*
Hanya dengan poligami sahaja isteri isteri beriman akan bertambah menjadi "lebih baik"... Poligami itu sebenarnya adalah "SEKOLAH IMAN & TAKWA" buat kaum Hawa.
Hanya dengan poligami sahaja dapat diuji sejauh mana tingginya keimanan 'seorang isteri' yang muslimah atas segala ketentuan hukum Allah SWT. wassalam. 
☀✨✨☀
P/S :
*Maaf pada yang terguris hati & 'rasa'... tapi tidaklah kami berbicara mengikut kehendak rasa, kecuali semua itu adalah kehendak Allah agar kami menyampaikan hal 'Kebenaran' yang HAQ dari ajaran agama Islam silam - Ampun maaf pada kaum Hawa yang tersinggung
bagus sunguh sapa2 yg mau baca sampai habis..

Wednesday, December 21, 2016

Renungan

Hari ni dpt post drp group kejiranan yg begitu cantik isi kandungannya..

*Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..*
*Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa*
*Makan apa sahaja...*
*Tengok siaran tv ikut suka...*
*Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...*
~
*Tapi...*
*Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....*
*Tak boleh masak sesuka hati...*
*Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....*
*Buat apa sahaja ikut suka....*
*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..*

*Begitu juga...*
*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....*
*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....*
*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.*
*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..*

*Tapi...*
*Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....*
*Apatah lg dgn sesuka hati.*
*Takut rosak lah...*
*Takut langgar lah...*
*Takut calar lah.....*
*Kalau guna pun...*
*Pastikan minyak penuh semula.....*
*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....*

*Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....*
*Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....*

*Tetapi anak-anak...*
*Belum tentu mengasihi ibubapa....*
*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....*
*Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...*

*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...*
*Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...*
*Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...*
*Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...*
*Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...*

*Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..*

*Tetapi...*
*Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...*

*Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa*

*Inilah diantara isi kandungan kuliah yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...*

Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti..Insha Allah....

Tuesday, December 13, 2016

Sahabat

Carilah aku di neraka jikaku tiada di syurga.....

Carilah Aku Di Neraka, dan Tolong Bawaku Ke Syurga..

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, tolong tanya Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku,

Di dalam bersahabat, pilihlah mereka yang boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yang senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama.

Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dengan kebenaran.

Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb untuk bercerita hal politik, teman whatsapp untuk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yang sebegini dalam kehidupan kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dengan teman yang hanya condong pada garis dunia, carilah teman yang boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

--------
Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga..

Thursday, November 24, 2016

Jenaka Kucing

*Jenaka Ustaz Azhar*

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezeki yang Allah beri pada kita.
Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing.

Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung. Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal. Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.

Muhasabahlah diri kita. Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki, panjang umur dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.

( Ustaz Azhar Idrus)
Rasulullah SAW
bersabda : "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)
ㅤ  ㅤ

Monday, November 21, 2016

Bacalah Al Quran

Untuk sahabat Muslim:
Mengapa membaca Al Qur'an itu sangat penting?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Al Qadhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat telah membuktikan hanya dengan mendengar ayat suci Al Qur'an baik yang mengerti bahasa Arab atau tidak, dapat memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuklah menghindari diri dari pelbagai jenis penyakit.

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan penemuan Dr Muhammad Salim dari Universiti Boston.

Jadi mengapa di dalam Islam ketika  mengaji disarankan untuk bersuara yang mana sekurang-kurangnya didengari oleh telinga kita sendiri?

Berikut penjelasannya :

✅Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama,
dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit di pelbagai bahagian tubuh.

Maka sel2 yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya hanya dengan suara.

Maka muncullah terapi suara yang ditemukan oleh Dr Alfred Tomatis dari Prancis.

Sementara itu Dr. Al Qadhi  juga menemukan bahwa membaca Al Qur'an dengan bersuara memberikan pengaruh yang luar biasa terhadap sel2 otak untuk mengembalikan keseimbangannya.

✅Seterusnya kajian ini membuktikan sel cancer dapat dihancurkan dengan menggunakan frekuensi suara saja. Ini terbukti dengan hanya membaca Al Qur'an akan memberikan impak yang hebat dalam proses penyembuhan penyakit cancer

✅Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci Al Qur'an dan disaat yang sama, sel2 sihat menjadi aktif dengan mengembalikan keseimbangan yang terganggu tadi.
"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” 
(QS. Al Isra’: 82) 

Dan yang lebih menguatkan supaya diri sendiri yang membaca bagi penyembuhan diri adalah kerana :

SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL2 TUBUH
ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI !
QS 7  : 55, QS 17: 10

Mengapa solat berjamaah lebih di anjurkan ?
Ini kerana ada doa yang dilantunkan dengan keras sehingga terdengar oleh telinga dan ini akan mengembalikan sistem yang rosak.

Mengapa Islam tidak menganjurkan mendengar lagu hingar bingar? Ini kerana telah dibuktikan bahawa getaran suara boleh MENJADIKAN TUBUH TIDAK SEIMBANG

Maka kesimpulannya :

1. Kurangkan mendengar muzik hingar bingar, dan gantikan dengan murotal yang terbukti memberikan efek penyembuhan

2. Maka bacalah Al Qur'an, kerana efek suara kita sendirilah yang paling hebat dalam penyembuhan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat

Sunday, November 20, 2016

Kantong Bocor

*Kantong Bocor!!*

*الشريم إمام الحرم المكي في خطبته يقول* :
Imam masjid Asyuraim alharom almakki dalam khutbahnya mengatakan:

الأسعارعاليه !!

Harga-harga meningkat!

والنساء عاريه !!

Para wanita berpakaian ketat!

والمساجد خآليه !!

Masjid-masjid kosong!
وأحكآم آلله لآغيه ..!!

Hukum-hukum Allah dihapuskan!

آلسآرق مدلل !!

Pencuri jadi penunjuk jalan!

والمجاهد بقيوده مكبل !!

Mujahid dan pasukannya digari!

وآلزنآ حلآل !!
Zina halal!

والزواج محآل !!

Pernikahan jadi mustahil!

وآلنسآء قوآمُون على آلرجال !!

Para perempuan jadi pemimpin laki2!

وأرض المسلمين محتله !!

Tanah kaum muslim dijajah!

وآلفقرآء تحت آلمطر بلآ مظله !!

Orang-orang miskin di bawah hujan tanpa payung!

ولم يبقى من علآمآت آلسآعه الكبرى إلآ قله !!!!

Tidak tersisa tanda2 hari kiamat kecuali sedikit!
*فالتوبة التوبة*

Taubat adalah bertaubat

إحذروا *الكيس المثقوب*

*Hati-hati dengan poket yg bocor*

" تتوضأ أحسن وضوء " لكــن. .. تسرف في الماء' *كيس مثقْوب*

Engkau telah berwudhu dengan sebaik2 wudhu akan tetapi engkau boros memakai air
*Poket bocor*

" تتصدق عَلى الفقراء بمبلغ ثم .. تذلهم وتضايقهم *كيس مثقْوب.

Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka.
*Poket bocor*

تقوم الليل وتصوم النهار وتطيع ربك" لكــن. .. قاطع الرحم *كيس مثقْوب*

Engkau solat malam hari, puasa di siang hari, dan mentaati tuhanmu, tapi engkau memutuskan silaturrahim
*Poket bocor*

تصوم وتصبر عَلى الجوع و العطش" لكـن .. تسب وتشتم وتلعن *كيس مثقْوب*

Engkau sabar dengan haus dan lapar,  tapi engkau menghina dan mencaci *poket bocor*

" *تلبسين الطرحه والعباية فوق الملابس* "لكـن .. العطر فواح *كيس مثقْوب*

Engkau memakai baju jubah dan kebaya,  tapi minyak wangi menyengat,
*Poket bocor*

تكرم ضيفك وتحسن إليه لكـن .. بعد خروجه تغتابه وتخرج مساوئه *كيس مثقْوب*

Engkau memuliakan tetamu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya
*poket bocor*

أخيرا ً لا تجمعوا حسناتكم في كيس مثقْوب . تجمعوها بصعوبة من جهة .. ثم تسقط بسهولة من جهه أخرى..
*يا رب اسألك لي ولأحبتي الهداية والغفران* .

Pada akhirnya *engkau hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket bocor,* satu sisi engkau mengumpulkan dengan susah payah kemudian engkau menjatuhkannya dengan mudah di sisi lain.
Ya Robb, kami mohon hidayah dan ampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai

*عجائب الشعب العربي* :
Keganjilan-keganjilan orang-orang Arab (secara khusus dan kaum muslimin umumnya)

1- لايستطيع السفر للحج لأن تكلفة الحج مرتفعه .. لكن يستطيع السفر رغبةً في تغيير الجو !
*ألا إن سلعة الله غالية*

1. Tidak mampu pergi haji kerana pembiayaan besar, akan tetapi sanggup pergi holiday makan angin ,
*bukankah perdagangan Allah itu mahal*

2- لايستطيع شراء الأضحية لغلاء السعر لكن يستطيع شراء آيفون لمواكبة الموضة.
*ألا إن سلعة اللَّـه غالية*

2. Tidak sanggup membeli haiwan qurban kerana harganya yang mahal, tapi sanggup membeli iPhone ganti model baharu. 
*bukankah perdagangan Allah itu mahal*

3- يستطيع قراءة محادثات تصل إلى ١٠٠ محادثه في اليوم ..
ولا يستطيع قراءة ١٠ آيات من القرآن بحجة ليس لديه وقت لقراءة القرآن
*ألا إن سلعة الله غالية*

Sanggup membaca wasap berpuluh group setiap hari, namun tidak sanggup membaca 10 ayat alquran dengan alasan tiada waktu yang cukup untuk membaca. 
*bukankah perdagangan Allah itu mahal*

🔹🔹🔹🔹🌾🔸🔸🔸🔸

قليل من سيرسلها لأنه يشعر بالحرج .
Sedikit yang mahu share karena merasa berat..

*تخيل ان الله يراك وانت تنشرها لاجله*.
Angankan di hatimu bahwa Allah selalu melihatmu.. Dan engkau menyebarkannya karenaNya..

اذا اعجبتك الفكرة ..  فانشرها .
وإذا لم تعجبك .. فمر كأنك لم ترى شيئا.
Jika engkau lagi tulisan ini maka sebarkanlah.. Namun jika tidak maka anggap engkau tidak pernah lihat..

(ينشـر الأغانــي) .. (ويســتحي) مـن *نــشر القــرآن*
Tersebar nyanyian-nyanyian.. Orang malu menyebarkan Al Qur'an..

*يارب من يرسلها ترزقه من حيث لايحتسب*

Ya Robb..

Thursday, November 17, 2016

Kisah Seorang Sahabat

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.

Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.

Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W.

Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, "Benar! Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".

Rasulullah S.A.W. berkata:
"Persaksikanlah ya Allah!
Sesungguhnya aku telah sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi....... dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan dibenarkan oleh semua para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....

Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan....... dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua...... siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya.....sila bangun..... aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia".

Ketika itu semua sahabat diam............. sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami.......... sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".

Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali. Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia berkata:

"Ya Rasulullah!
Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".

Rasulullah S.A.W. berkata:
"Ceritakanlah wahai Akasyah".

Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah".

Mendengar yang demikian, terus

Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama".

Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata:
"Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! ..... bukankah Baginda sedang sakit!"

Akasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".

Bilal menjawab dengan nada sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!...... ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".

Bilal menjawab:"Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.

Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.

Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil
berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku....... aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan. Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Abu Bakar!.... ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke hadapan...... lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu....".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan
Akasyah".

Akasyah mara lagi ke hadapan....... tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah S.A.W.

Dia menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan
Akasyah" .

Akasyah mara lagi ke hadapan......tiba-tiba tanpa di sangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta.

"Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik.......... Datuk kami sedang sakit...... pukullah kami wahai pak cik..... sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda........... pukullah kami wahai pak cik".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
"Wahai cucu-cucu kesayanganku!
duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata:
"Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah
sini".

Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:

"Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".

Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah...... Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu terikat di perut Baginda..... ini menandakan Baginda sedang menahan kelaparan.

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu".

Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W........ lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti kearah lain..... dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis,

Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah aku...... maafkanlah aku...... mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........ sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu....... kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka........ maafkanlah aku ya Rasulullah".

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".

Semua sahabat tidak dapat menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W.

Jangan Jemu

ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Jgn jemu saling mengingatkan

Wednesday, November 16, 2016

Dajjal oh Dajjal

Dajjal keluar nanti bawak perempuan lawa2 mcm bidadari syurga. Telanjang bogel tau..
dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia.. Makanan orang-orang beriman ketika dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).

sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"TIDAK.  Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."
kita kena selalu berpuasa sunat sebab waktu dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.
antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat dajjal:
- boleh menyuburkan tanaman.
- boleh turunkan hujan.
- menghidupkan yang sudah mati.
macam mana dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. sangat laju!"

Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. semua pemerintahan nanti akan berada di bawahnya. bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.
nanti, dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. siapa tak mengaku, derita.
hari pertama dajjal dekat dunia = setahun.
Hari ke 2 = sebulan.
Hari ke 3 = seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.

Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.
sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.
."jika dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya."
- Nabi Muhammad SAW -

dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan. sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

"jika kamu berjumpa dengan dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi."
- Nabi Muhammad SAW -

Nabi dah berpesan. Jom amalkan!
semua pelusuk dunia akan diterokai oleh dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.
waktu dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. tak ada siapa boleh menolong waktu tu sekalipun seorang ibu nak tolong anaknya.

"kalau kita menyorok dalam air, selamat tak dari dajjal?"
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan dajjal tu di darat, laut dan udara. tak boleh lari.

"dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu."
- Syeikh Zainul Asri -

dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf, Fa dan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.
dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. neraka dajjal sebenarnya adalah syurga dan syurga dajjal adalah hakikatnya neraka.
dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti. amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah dajjal. ni hadis Nabi SAW.

sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal."
"yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh dajjal."
- Nabi Muhammad SAW -

☺ orang yang malas nak ambil tahu pasal dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh dajjal nanti.
Harap Disebarkan.
bukan susah pon ...sebarkan kawan2
#saya sebarkan sbb saya sayang sahabat3 semua ..
#dunia akhir zaman...

Monday, November 14, 2016

Berhenti beri alasan

:::Renungan Seketika:::
Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka? Soal saya memula bicara.

"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dgn macam2 perasaan. Biarlah saya upah teksi."

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."

Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.

"Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata..

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaan nya, bukan tak pernah bermasam muka dgnya.

Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggung jawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dgn mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.

Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa, yg teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dgn dunia yg perlu dihambat!

Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Alfatihah kepada ibubapa kita samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia.

Sunday, November 13, 2016

Qada Solat

" Cara Qada Solat Yang Tertinggal "

Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu..

Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

1. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
3. Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Wallahualam…….

*1X ANDA BERI DAN SEBARKAN, MUNGKIN DPT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI*

Friday, November 11, 2016

Petua murah rezeki

*Petua Murah Rezeki*

✅1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
✅2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
✅3.Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
✅4. Letakkanlah d bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅5. Jika kamu hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................
✅6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................  
✅9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
....................................
✅11. Setkan pada handphone kamu,  penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah @ al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
....................................
✅12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga kamu pun akan diberi pahala kerananya. ..
Selamat bersedekah..Semoga kita dilimpahkan rezeki...Aamiin..

Tuesday, November 8, 2016

Pemuda Ahli Syurga

Assalamualaikum...

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:

"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."

Tak lama kemudian datang seorang pemuda yang muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tangan memegang sandal. Penampilan sangat sederhana. Tiada apa yang istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lagi Rasulullah saw kata:

"Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yang sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yang ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan untuk tidur di rumah lelaki itu dengan memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.

Selain itu pada hari yang sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lagi solat dhuha. Apatah lagi berpuasa sunat."_

"Tapi…"

"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yang baru ku pelajari:"

1. *Aku sangat cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yang tak kukenal.

"Muaz  berkata, subahanallah."

"Lagi...?"

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yang membuat salah kepadaku.

"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yang mampu aku lakukan.

_*Subhanallah...*_

Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dengan imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dengan amalan kita pun silap.*

*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yang keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lagi hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tapi *selalu marah maki hamun orang dan penuh dendam kesumat dalam dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yang betul, sedara mara mula menjauhi  kita, kita tak kesah..* apatah lagi nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Moga menjadi ikhtibar pada kita semua. Wala'hualam

Monday, November 7, 2016

Ujian Allah

Ketika kita diberi nikmat, sedarlah juga bahawa kita sedang diuji (adakah kita akan bersyukur).........
Dan ketika kita diuji dengan kepayahan dan kesusahan, sedarlah bahawa kita sedang diberi nikmat (supaya kita mengingati dan mendekati Allah Ta'ala)

*Bersyukur dan bersabar*

ُ

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ والسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "perkara orang mu`min mengagumkan, sesungguhnya semua perihalnya baik dan itu tidak dimiliki seorang pun selain orang mu`min, bila tertimpa kesenangan, ia bersyukur dan syukur itu baik baginya dan bila tertimpa musibah, ia bersabar dan sabar itu baik baginya." (HR MUSLIM)

Orang2 mukmin itu mendapat kebaikan dalam dua2 keadaan, kesenangan ataupun musibah, dengan bersyukur atas pemberian nikmat dan bersabar atas segala ujian yang menimpa. Usah mengeluh bila diuji dan usah terleka bila diberi nikmat.

Semoga Allah Ta'ala sentiasa membuka hati kita untuk.menjadi hambaNya yang bersyukur dan bersabar. Allahumma Ameen.

Semoga bermanfaat.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى  آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ,
والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  ,
والعفو منكم

Sunday, November 6, 2016

Penghafaz Al Quran

Bagi penghafaz Al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz Al-Quran dengan gelaran “Al-Hafiz”@ 'Hafizah", akan mendapat 2 ganjaran :

•Ganjaran di dunia.
•Ganjaran di akhirat.

GANJARAN DI DUNIA

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.

•Penghafaz Al-Quran merupakan VVVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli Al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

•Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya” (Riwayat Muslim)

•Penghafaz Al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah Nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal Al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

•Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

GANJARAN DI AKHIRAT

•Ibu bapa penghafaz Al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan 'MAHKOTA' pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah-kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

•Penghafaz Al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu Al-Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya)” (Riwayat Muslim)

•Penghafaz Al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (Al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz Al-Quran💖💞💕

Murtad

Tolong baca dengan teliti dan sabar kerana nasihat ingatan dalam artikel 👇sangat panjang. Semoga Allah menRahmati saudara saudari Islam ku yg ingin mencari jalan pentunjuk dari Allah...Aameen..

WAJIB BACA ..!!! Supaya Umat Islam Mengetahui Apa Yang Berlaku Dari Dulu Hingga Kini.

Apa Hebatnya Agama Lain Selain ISLAM..

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan artikal ini kepada saudara kita yang tak tahu menahu.

Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini. Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini saudara Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad

2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan semacam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis, apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23:
'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11:
Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan:
'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata? eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. Dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri.

Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka, 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, 'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.

Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'.

Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita lihat satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah, belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Takde kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'.

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati..

'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

In Sha ALLAH..

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikal ini kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, artikalbini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan artikal ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

Pada Mu Aku Berserah Diri

ُ

                                 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                                           
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga baginda dan para sahabat baginda. 

Ya Allah, kami berserah diri kepada Mu Ya Allah, tiada daya dan kekuatan kami kecuali hanya pertolongan dari Mu Ya Allah.
                            
Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami mohon keampunan Mu Ya Allah,

Ya Allah, kami memohon rahmat Mu Ya Allah.

Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat.

Ya Allah, jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan hari ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima oleh Mu Ya Allah.

Ya Allah, tetapkan niat di hati kami agar apa yang kami lakukan adalah semata-mata kerana Mu Ya Allah.

Ya Allah, peliharalah kesihatan kami, berikanlah ketenangan kepada kami, jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kejayaan dan semoga kejayaan itu menjadi pembuka jalan untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh.

Ya Allah, perbaikilah akhlak  kami Ya Allah dan jadikanlah kami umat Mu yang mempunyai sahsiah diri yang baik Ya Allah.
Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami ahli syurga Mu Ya Allah.

Ya Allah, dorongkanlah hati kami untuk melakukan amalan-amalan yang membawa kami ke syurga Mu Ya Allah.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada melakukan amalan amalan yang membawa kami ke neraka Mu Ya Allah.

Ya Allah, janganlah Engkau melalaikan kami dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.

Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk berada di tempat  yang Engkau redhai dan jauhilah kami daripada berada di tempat  yang Engkau murkai Ya Allah.

Ya Allah, kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami Ya Allah.

Ya Allah, kami memohon keampunan Mu dari segala dosa kami yang telah kami lakukan Ya Allah.
                             
Ya Allah, Ya Rahman, berikanlah kami rezeki yang melimpahruah lagi halal dan diberkati, rumahtangga yang bahagia, zuriat yang soleh dan solehah, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.

َYa Allah kami memohon kepada Mu Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu Ya Allah. َ
                                     
Ya Allah,Ya Ghaffar, Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, bersangka buruk dan khianat. Hiasilah diri kami dengan sifat sifat mahmudah dan jauhilah kami daripada sifat sifat mazmumah.

Ya Allah pertingkatkanlah kesihatan kami, anak isteri/suami kami, saudara mara dan sahabat sahabat kami.
Begitu juga kesihatan dan keselamatan seluruh umat Islam.

Ya Allah, cucurilah rahmat dan taufik Mu serta ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, suami / isteri serta anak kami, dan muslimin dan muslimat amnya. Bagi mereka yg telah menemui Engkau terlebih dahulu, tempatkanlah roh-roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Ya Allah,  dengan rasa rendah diri, kami memohon doa dengan penuh pengharapan semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami ini, kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka Mu.

Ya Allah, Engkau cucurilah rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan seluruh keluarga dan sahabat-sahabat  baginda.

Segala puji-pujian hanya untuk Mu Ya Allah.   
                
                                              
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ