Sebenarnya, 'Cemburu' itu hak suami tapi bukan hak isteri, isteri tidak boleh cemburu sekiranya suaminya ingin berpoligami seperti tuntutan sunnah (*hal ketentuan agama*). Isteri hanya boleh sikit cemburu dalam hal hal yang tiada punya pertalian dengan hukum hakam agama.
Poligami akan membuat hati isteri sedikit terluka dan 'sakit hati, tetapi kamu (kaum wanita) akan dianggap 'zalim' apabila membiarkan 'wanita' lanjut usia yg lain (andartu) terluka hati bilamana masih tidak mempunyai suami sepertimu?
Redha Allah atasmu bilamana kamu membenarkan para suami berjihad berpoligami dijalan Allah! Poligami itu adalah sebuah JIHAD terbesar diakhir zaman, maka bantulah para suamimu untuk jihad memerangi maksiat.
Selagi mana Poligami masih dianggap suatu 'dosa' oleh kaum hawa, maka selagi itulah maksiat dari kaum hawa akan terus 'bertebaran' melata di atas bumi Allah ini! Kita dapat 'menyaksikan' "segala" kejahatan kaum hawa itu! Itulah kesannya jika poligami masih dipandang sepi di akhir zaman ini!
Jika berlaku kemaksiatan atas wanita wanita bujang lanjut usia, maka dosanya akan ditanggung oleh para isteri isteri "penentang" hukum Allah (poligami). Mereka menjadi jahat dengan bermaksiat dengan Allah atas kerana kamu tidak membenarkan para suamimu dinikahi oleh mereka yang masih bujang masak ranum.
Penikahan dan Poligami itu adalah peng'reduce maksiat umat Islam! Kalaulah tidak atas kerana kemaksiatan para hamba hamba Allah yang Islam, nescaya umat manusia tidak diwajibkan untuk bernikah @ poligami. Tapi ia diwajibkan (pada yang 'berhajat') bagi menutup segala pintu-pintu Iblis ke lorong kemaksiatan kepada Allah.
Iblis suka ramai wanita wanita tidak berkahwin, maka dengan jalan ini Iblis dan Syaitan mudah menghasud agar kamu @ kaum hawa berbuatan dosa dan noda terhadap Allah SWT. Iblis dan Syaitan itu adalah Penentang No Satu Poligami - Mereka tidak suka umat Islam menikah, maka tertutuplah pintu maksiat terbesar atas para hamba hamba Allah! Ingatlah apa yang berlaku atas Adam & Hawa di syurga? Angkara siapa?
Apa yang kamu faham dengan Nisbah angka 40 Wanita Bujang dibandingkan dengan 1 Pria Bujang di tanah melayu ini? Hanya 1 wanita sahaja dari 40 yang layak 'mempunyai' suami ?? .. Maka apa yang akan berlaku dengan 39 wanita lain yang bujang terlajak? Dan dari 39 itu, berapa ramaikah pula yang mampu menjaga & mempertahankan kehormatan diri mereka dari terjebak ke lembah maksiat yang dikutuki Allah?! 樂??
Atas kerana itulah POLIGAMI di akhir zaman ini yang mana pada asalnya hukumnya 'sunat'(Sunnah) akan menjadi sunnah yang wajib!
Zina dan Onani itu adalah suatu "jenayah" di dalam agama Allah. Ia dikutuk dan dilaknati Allah SWT atas setiap pelakunya. Maka jalan keluarnya adalah pernikahan yang halal dan "POLIGAMI". Jika tiada poligami, maka jumlah wanta bujang terlajak semakin ramai. Peluang mereka mendapat suami semakin 'susut' jika tiadanya hukum Poligami ini.
Apa lagi jika kamu berada pada zaman di mana Rasululah SUDAH TIADA dan NABI-NABI PUN SUDAH TIADA INI! Kamu akan hilang pedoman jika mengikut suatu hatimu (*menjadi para penentang Poligami secara "senyap").
Suami yang ingin beristeri lagi tetapi Takut pada isterinya, dia mungkin menjadi lelaki dayus di sisi Allah sekalipun dia seorang alim agama, sedangkan seorang alim agama yang tulen tidak akan "Takut" kepada sesiapa selain Allah demi menegakkan hukum-Nya @ Sunnah demi kebaikan umat Islam.
Rasulullah SAW sendiri menyatakan 14000 tahun silam akan penyakit-penyakit umat islam diakhir zaman. Salah satunya ; "Penyakit Lemah Iman" dan satu lagi adalah "Penyakit Takut Isteri"(*telinga berdesing - Rasulullah sedang memanggil) .. para suami mengabaikan ibu sendiri atas sebab demi menjaga hati si isteri @ takut bini hinggakan ibu ayah sendiri terabai di kampung halaman.
Note : Buat kamu Hawa, dengarlah nasihatku ini. Sekalipun kamu tidak suka dimadukan. TETAPI jangan kamu menjadi salah seorang dari para Penentang Poligami. Jadilah seorang muslimah yang mendengar dan taat segala perintah hukum Allah yang diamanahkan ke atasmu.
✳"Seorang isteripun tak mampu nak tanggung, inikan 2?
✳"Belanja dapurpun minta duit isteri, ada hati nak kawin lagi?"
✳"Wahai kamu Adam, janganlah ikutkan hawa Nafsu"
✳"Poligami itu tidak termasuk sunnah!"
✳"Kerjapun kilang dan sekurity, gaji tak seberapa tapi ada hati nak buka cawangan? Sedar diri tu sikit!" .... (*ermmm.. Nabi kerja apa? Berapa isteri Nabi Wahai ustazah?)
Jika kamu berkemampuan kewangannya, dan baik agamanya yang bisa memimpin & membimbing umat, maka apa salahnya jika kamu cuba cuba memasang niat menambah 'adik baru' ... kasihanilah 'mereka-mereka' yang masih tidak mempunyai suami di luar sana.
"Jika kamu taat perintah Allah & Rasul, maka pandanglah Poligami itu sebagai suatu yang "BAIK" dan "MULIA" tapi bukan suatu yang harus ditakuti dan dijauhi.
Hanya dengan poligami sahaja isteri isteri beriman akan bertambah menjadi "lebih baik"... Poligami itu sebenarnya adalah "SEKOLAH IMAN & TAKWA" buat kaum Hawa.
☀✨✨☀
*Maaf pada yang terguris hati & 'rasa'... tapi tidaklah kami berbicara mengikut kehendak rasa, kecuali semua itu adalah kehendak Allah agar kami menyampaikan hal 'Kebenaran' yang HAQ dari ajaran agama Islam silam - Ampun maaf pada kaum Hawa yang tersinggung
bagus sunguh sapa2 yg mau baca sampai habis..