Thursday, February 26, 2015

Asal Kejadian Manusia Daripada Tanah

Asal kejadian manusia daripada tanah yang hina. Tanah yang dipijak-pijak, dihenjak-henjak dengan kaki. Bahkan manusia sendiri sanggup berbelanja mahal untuk membeli kasut bagi mengelakkan kaki terpalit tanah. 
Namun, itulah hakikat kejadian yang Allah telah takdirkan kepada makhluk yang bernama manusia. Sehingga Iblis sendiri memperlekehkan akan kejadian ini dengan mengatakan dia lebih mulia kerana diciptakan dengan api.
Takdir Allah jualah yang menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling mulia seperti firman-NYA:
" Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam. Dan Kami telah mengangkut mereka ( dengan pelbagai kenderaan ) di daratan dan lautan. Kami juga telah memberikan rezeki kepada mereka daripada perkara-perkara yang baik serta Kami telah memberi kelebihan kepada mereka mengatasi makhluk-makhluk lain yang telah kami ciptakan " - Surah al-Ishrak 70.
Justeru janganlah kita cemari kemuliaan kita dengan sifat keangkuhan. Kelak, Allah akan hinakan kita sebagaimana hinanya sang Iblis, Namrud dan Firaun.
Sekiranya ada sekelumit keangkuhan berputik dalam hati kita, ingatlah kita ini hanya daripada tanah...

No comments:

Post a Comment