Thursday, June 30, 2016

Ganjaran Sedekah

Daripada Abu Hurairah RA, salah seorang telah bertanya kepada baginda SAW: “Wahai pesuruh Allah, sedekah yang bagaimanakah yang paling besar ganjaran pahalanya?” Baginda SAW telah bersabda yang bermaksud: “Bersedekahlah ketika keadaanmu sihat, pada masa hatimu mencintai harta dan kamu juga bimbang akan menjadi miskin serta berangan-angan untuk mejadi kaya. Janganlah menanti-menanti waktu yang mana nyawamu akan sampai dekat dengan halkummu (yakin kamu hampir mati), maka baharulah kamu berkata bahawa harta ini untuk si fulan dan harta itu untuk si fulan. Walhal pada masa itu hartamu memang sudah menjadi milik si fulan”.

Muttafaqun ‘alaihi

No comments:

Post a Comment