Tuesday, October 11, 2016

Perancangan

Hadiah untuk semua yang disayang kerana Allah....
*(luangkanlah sedikit masa yang diberi Allah untuk baca....)*

Sedikit perkongsian dari program di karangkraf Shah Alam.

💖💖 Rancang 1438H dan hidup anda dengan al quran.💖💖

Oleh : Tuan Fazrul Ismail.

💜 Dalam perancangan kita, apa yang sudah dirancang, mesti bermula dengan 'taqwa Allah' dan berakhir dengan 'taqwa Allah'. ( 59: 18 )

"Wahai orang-orang yang beriman! *Bertaqwalah* kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): *Bertaqwalah* kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan."

💜 Kita perlu merancang kepada siapa? Kepada diri, keluarga, organisasi, negara? Rujuk (66:6).

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah *diri kamu* dan *keluarga kamu* dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Dalam ayat ini tidak disebut kita perlu merancang kepada masyarakat atau negara hanya disebut kita perlu merancang diri dan keluarga kita sahaja. Namun, sebenarnya kita tetap perlu merancang untuk masyarakat, negeri, sistem kita kerana ia adalah untuk menjaga keluarga kita.

❤ Siapakah yang menundukkan rancangan kita?

- Allah yang menundukkan dan menyertai rancangan kita ayat 43:13

- Syaitan yang menundukkan dan menyertai rancangan kita. Ayat 43:36.

Istilah 'qorn' disitu bermakna menyertai.

❤❤ Apakah elemen yang perlu ada supaya rancangan kita berjaya? Rujuk ayat 1 hingga 5 surah al Baqarah.

Jika kita memenuhi ciri2 yang disebutkan dlm kelima-lima ayat tersebut, rancangan kita dan kita akan berjaya.

💖 Pertama ▶
Dengan menjadikan alquran sebagai petunjuk

💖Kedua ▶ Beriman kepada perkara ghaib

💖 Ketiga ▶ Mendirikan solat

💖 Keempat▶ Menunaikan zakat

💖 Kelima▶
Beriman dengan kitab kitab yang diturunkan.

💖 Keenam▶
Beriman dengan hari akhirat

-Jika kita meneliti formula kejayaan ini, hanya yang pertama, ketiga dan keempat yang boleh diukur dengan KPI tertentu kerana ia bersifat amalan atau praktikal. Manakala yang kedua, kelima dan keenam tidak dapat dibuktikan kerana ia tidak dapat dipraktikkan dengan anggota atau amalan zahir . Ia bersifat kepercayaan yg mna ia berada di dalam hati.

- Oleh itu kita mesti meningkatkan *Quran* (Q), *Solat* (S), *Infaq* (I) kita supaya rancangan kita untk berjaya dalam rancangan atau berjaya dalam diri.

- Rancanglah 1438H anda dengan mengambil kira bagaimana Q,S,I kita. Bukan sekadar kita, tapi isteri, suami dan anak2 kita supaya nanti goal kita untuk masuk syurga berjemaah tercapai.

Selamat TAHUN BARU HIJRAH

No comments:

Post a Comment