Wednesday, April 8, 2015

Cerita Tentang Ibu

Seorang suami mengajak isterinya makan seperti biasa..
"Jom sayang kita pergi makan kat satu tempat tu, sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa pula"
Isterinya pada mulanya diam dan tiba berkata-kata;

Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan dengan abang...

Suaminya terkejut dan bertanya siapa wanita tersebut.
Isterinya menjawab, ajaklah mak abang.
Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengan mak abang.
Saya sudah selalu abang layan setiap hari tak pernah terlupa...
Abang layanlah mak abang pula

Suaminya terkejut bercampur sedih dan amat terharu.

Dia telefon ibunya dan mengajak ibunya keluar.
Ibunya terkejut tapi sangat gembira.
Ibunya inginkan kepastian apakah benar mereka berdua sahaja...
Si anak mengiyakan.
Dia pun membawa ibunya makan bersama-sama ditempat romantik dan istimewa itu. Mereka berbual panjang.

Ibunya tersenyum puas dan sangat gembira dapat makan serta bercakap-cakap panjang dengan anaknya...

Si anak bertanya kepada ibunya. Okey ke mak? Mak seronok ke?
Jawab ibunya.. Ya anakku...susah -susah bawa mak kesini.
Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.
Nanti saya bawa mak lagi ye?
Jawab ibunya...
Nanti mak pula yang akan belanja dan ajak kamu kesini...
Setelah itu mereka pun pulang.

Sejak itu si anak terlalu sibuk dengan kerjayanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari...

Tak sempat luangkan masa untuk telefon ibunya yang keseorangan.
Jumpa jarang-jarang sekali...
Satu hari dalam kesibukkan dia terkejut mendengar ibunya sakit. Dia kelam kabut meninggalkan kerja kerana dia masih sayang ibunya
Apabila sampai kehospital ibunya telah diambil Tuhannya (meninggal dunia)
Dia sangat sedih dan menyesal kerana mengabaikan ibunya.

Tak berapa lama kemudian dia mendapat kad dari tempat makan istimewa itu.

Tempat makan untuk dia dan isterinya dan sudah dibayar...
Mereka pun makan.
Masa makan dia dapat sekeping nota daripada orang yang menempah tempat itu.
Rupa-ruapanya tempahan dibuat oleh arwah ibunya.
Kata ibunya...
Terima kasih gembirakan mak, walaupun hanya sekali luangkan masa dengan mak. Mak nak balas dan tunaikan janji mak.
Mak dah tempah khas buat kamu da isteri kamu. Selamat bergembira wahai anakku..
Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak

Itulah IBU...

Tak terbayar pengorbanan mak.
Tak perlu layan mak tiap-tiap hari sebab kita sangat-sangat sibuk dengan kehidupan
tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan hati mak, sebelum mak pergi...

Malam hari berdoa dan menangislah pada Allah mohon kebaikan untuk mak...

Kadang-kadang ada orang berasa hebat kerana baru berkhidmat sikit dengan mak.

Baru bagi sedikit sumbangan dengan mak, dah rasa memadai.

Sebenarnya kita belum buat yang terbaik kat mak...
Kita cuma baru nak balas jasa mak...
Itupun tak berbalas sampai bila-bila

Mak tumpangkan kita dalam perutnya selama 9 bulan.

Mak bersabung nyawa nak bagi kita lihat dunia ini.
Mak bagi kita pergi tadika
Mak bagi kita pergi sekolah rendah
Mak bagi kita pergi sekolah menengah
Mak bagi kita belajar di universiti
Mak bagi kita kerja
Mak bagi kita kahwin
Mak bagi kita ada anak
Bukan mak bagi untuk lupakan dia...

Mak mandikan kita dari baru lahir sehingga 6 tahun

Mak tukarkan lampin dari baru lahir sehingga 3 tahun
Mak menyusukan kita sehingga 2 tahun
Mak suap makan kita hingga umur 3 tahun.
Mak siapkan makan minum paling kurang 17 tahun.
Mak basuh baju dan gosok baju kita selama 17 tahun.
Mak dukung 3 tahun
Mak cuci najis 5 tahun.
Mak berdoa buat kita selagi mak bernyawa
Mak sayang kita sehingga ke akhirat... tiada kesudahan...

Kita pula sayang mak, macamana ya...berapa bintang ya mahu diberi??


Jadilah anak yang soleh wahai anak-anak yang masih punyai mak.

Hargailah mak kita
Minta maaf dengan mak...
Buat baik dengan mak...
Cakap elok-elok dengan mak
Jagalah hati mak
Kunjungilah mak...
Berbuallah dengan mak
Hubungilah mak walau sesibuk mana sekalipun
Itupun kalau sempat...

Itupun kalau mak masih bernyawa...

Lakukan tanpa berlengah lagi...
Allah akan bantu anak-anak sekelian di dunia dan akhirat...
AMIN

No comments:

Post a Comment