Saturday, April 11, 2015

Peringatan Untuk Bakal Pengantin

Soalan:
Tolong terangkan apakah perkara yang DIBENARKAN dan DILARANG di dalam adat perkahwinan orang melayu  seperti

  • bersanding
  • makan beradab
  • sireh junjung
  • tepung tawar
  • berinai
  • dan sebagainya


Ustaz Azhar Idrus menjawab:

Diantara adat-adat di dalam  perkahwinan orang melayu adalah 
bersanding - yang salah itu adalah apabila 

  • pengantin perempuan dedah aurat
  • pakaian ketat
  • dalam solekan dan perhiasaan
  • bermegah-megah
  • tinggal solat takut hilang make-up padahal tinggal solat 1 waktu akan diseksa 6000 tahun dalam api neraka.


Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba sederhana dan disaksikan oleh golongan wanita sahaja dan ahli keluarga saja dan jangan sampai melanggar batas syarak.


Kalau dulu pengantin perempuan di solek oleh mak andam, tapi sekarang disolek oleh maknyah andam! Ini haram sebab dia adalah lelaki, cuma lenggang lenggoknya saja nampak lembut.


Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.


Sireh junjung adalah adat orang hindu. Tidak dibenarkan kecuali pengantin itu adalah memang jenis makan sireh


tabur beras kunyit ini juga adalah adat hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam


Pasang lilin juga adat agama lain termasuk agama Hindu dan Majusi. Boleh guna lilin jika lampu di rumah terpadam.


Tepung tawar adalah membazir, kan lebih baik dibuat cekodok bagi makan pada pengantin.


Renjis air mawar boleh kerana bertujuan untuk wangi tapi jika pengantin jenis tak solat jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang.


Bersilat depan pengantin boleh, tapi jikalau pengantin jenis tak solat jangan...bersilat tapi kasi dia flying kick terus!


Berinai dijari adalah haram bagi pengantin lelaki kerana inai hanya hiasan untuk wanita sahaja.

Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin
Baik, kalau begitu pengantin lelaki bolehlah pakai bra sebab kahwin punya pasal!

Bagi pengantin perempuan pula, janganlah pakai inai berlebihan sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti tatu pulak.


Berlebih-lebihan juga haram hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.


Adat batal air sembahyang 


  • tahun 80 an cium tangan
  • tahun 90an cium pipi
  • tapi dah ada sekarang cium mulut terus depan tok imam, dah jadi macam orang kristian


Jangan jadi melampau-lampau macam ni. 


Pakai baju gaun labuh-labuh ada 2 orang budak pegang belakang dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut.


Ini dah ikut adat orang kristian. Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan.


Tinggalkan adat-adat bida'ah dan kembali kepada sunah. Itulah lebih kurang panduan untuk kita bersama.


Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kisah, cuma kita kena ingat, kita kena jawab soalan-soalan dalam kubur nanti...


Ada satu lagi bagi yang bakal berkahwin, jika hari perkahwinan si suami membenarkan isterinya memakai tudung letak dalam baju, maka si suami telah menanggung dosa si isteri, dan si suami telah dikira dayus...


Pemakaian tudung sebegini adalah menjadi kebiasaan wanita pada akhir zaman. Marilah sama-sama meminta bakal isteri memakai tudung yang mengikut syariat...


**Sampaikanlah walaupun satu ayat** 

No comments:

Post a Comment